View: 1313|Reply: 6
|
Budak 12 Tahun Hamil 3 Lepas Dirogol 8 Lelaki
[Copy link]
|
|
Jakarta: Kanak-kanak perempuan Jawa Tengah, Indonesia berusia 12 tahun yang hamil tiga bulan rupanya dirogol lapan lelaki.
Bapanya yang berusia 54 tahun berkata, dia mahukan keadilan buat anaknya itu diteruskan walaupun suspek adalah jiran serta rakannya sendiri.
"Saya mahu mencari keadilan buat anak saya. Saya kenal suspek kerana kami berjiran, malah dua daripada mereka kawan saya sendiri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Banyumas, Rabu lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202301/20/161011sxo1o91xfh9f1w7h.png) Gambar Hiasan
Mengulas lanjut, katanya mangsa sihat, namun dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kini hamil.
Katanya, dia bimbangkan masa depan anaknya kerana anaknya dinasihatkan pihak sekolah untuk berhenti sekolah selepas kejadian itu.
"Saya diarahkan untuk membuat kenyataan anak saya berhenti dari sekolah.
"Saya terpaksa akur dengan arahan pihak sekolah.
"Kini, fokus kami memantau perkembangan kandungannya dan penjagaan selepas pantang," katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Agus Supriadi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan mengenai pelajaran mangsa.
Sementara itu, Ketua Pendidikan Banyumas, Joko Wiyono berkata, pihaknya akan membantu mangsa melanjutkan pelajaran melalui program Pakej B.
Media Indonesia sebelum ini melaporkan mangsa dirogol lapan lelaki berusia antara 27 hingga 70 tahun.
Lima suspek ditahan dengan empat daripadanya adalah jiran, manakala tiga lagi suspek melarikan diri.
Kes terbongkar apabila ibu bapa mangsa mengesyaki anak kedua daripada tiga beradik itu hamil.
Sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana sampai 8 lelaki tu. group rape ke, masa yg berlainan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku, gugur kan aje kandungan tu..
yang umur 70 tahun.. harap panjang umur.. reput dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni mungkin ketagih seks
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg 70 tahun tu punnn...tetap nak jugak mencelup..reput la korang semua jantan setan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang 70 tahun tu tunggu masuk neraka je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp yg umur 70 thun tu, xtermasuk yg lepas lari.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|