CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Berehat Sampai Tertidur, Terperangkap Enam Hari Dalam Kontena

20-1-2023 05:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2625| Komen: 32

Seorang remaja dipercayai warga Bangladesh ditemukan terperangkap dalam sebuah kontena kosong yang sedang dipunggah dari kapal dekat Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini, kira-kira pukul 8 malam, pada Selasa lalu.


Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan selamat selepas seorang pekerja pelabuhan mendakwa terdengar suara ketukan daripada kontena tersebut dekat dermaganya.


TANGKAP layar video yang tersebar dalam media sosial memaparkan seorang remaja lelaki terperangkap dalam sebuah kontena selama enam hari ditemukan dekat dermaga di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, di Klang, Selangor.

Menurut sumber, susulan suara ketukan tersebut, enam buah kontena dibawa turun dan diperiksa satu persatu selepas agensi kerajaan seperti Pasukan Polis Marin, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Kesihatan Daerah Klang tiba di lokasi kejadian.


“Sebuah kapal merapat ke dermaga Pelabuhan Barat kira-kira pukul 7.30 malam. Sebanyak enam buah kontena dibawa turun. Semua kontena tersebut diperiksa. Kontena yang dikenal pasti mempunyai individu di dalamnya berstatus kosong.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang remaja lelaki tanpa dokumen pengenalan diri menggelarkan dirinya sebagai Fahim disyaki berbangsa Rohingya atau Bangladesh hasil daripada pertanyaan seorang pekerja warga Bangladesh sebuah syarikat logistik,” katanya.

Terdahulu, tular dua video berdurasi kira-kira seminit dan seminit setengah memaparkan operasi menurunkan kontena di Pelabuhan Barat, Pulau Indah sebelum seorang remaja ditemukan dalam salah satu kontena berkenaan.

Video tersebut turut memaparkan remaja yang berbaju lusuh berada dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Tambahnya, remaja terbabit mendakwa sedang berehat dan tertidur dalam kontena tersebut yang berada dalam keadaan terbuka ketika di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh, namun tidak sedar apabila dikunci lalu terperangkap selama enam hari.

“Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh petugas kesihatan dan mendapati remaja berkenaan demam dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

“Imigresen kemudian memaklumkan selesai urusan pemeriksaan kesihatan, remaja berkenaan perlu dinaikkan semula ke atas kapal untuk dibawa pulang semula ke pelabuhan asal.

“Kes adalah di bawah bidang kuasa Imigresen. Hasil siasatan tiada unsur-unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut. Ejen kapal akan menguruskan kebajikan remaja tersebut,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-1-2023 07:54 AM
Hasrat masuk mesia berjaya..
Pasni ramai.la yang terperangkap
Quote supernaturalee 20-1-2023 08:02 AM
jgn2 sblm ni ada yg dh jd mayat

Quote lee_sakura 20-1-2023 08:05 AM
shernazz replied at 20-1-2023 07:54 AM
Hasrat masuk mesia berjaya..
Pasni ramai.la yang terperangkap

“Imigresen kemudian memaklumkan selesai urusan pemeriksaan kesihatan, remaja berkenaan perlu dinaikkan semula ke atas kapal untuk dibawa pulang semula ke pelabuhan asal."

check in kejap je, dh dihantar balik
Quote shernazz 20-1-2023 08:47 AM
lee_sakura replied at 20-1-2023 08:05 AM
“Imigresen kemudian memaklumkan selesai urusan pemeriksaan kesihatan, remaja berkenaan perlu dina ...

Hahah...
Mesti dia cite dia dah berjaya masuk mesia munya..
Quote sangbara2020 20-1-2023 08:50 AM
MMM....testing je ni kot
Quote iman_kasih 20-1-2023 08:56 AM
Bukan dah ada cite ke byk kali jumpa mayat bagai sebelum ni? Ke dongeng depa je? Haip...bese dia tipu org ni
Quote margo20 20-1-2023 09:04 AM
Mission failed successfully
Quote tri-max 20-1-2023 09:14 AM
testing new route with one black sheep
tak boleh bayangkan betapa budak ni menanggung azab 5 hari dlm kontena yg panas
tanpa air, tanpa makan
nasib la route hanya 5 hari, kalau lebih 10 hari, kojol kering da

Quote kepompong 20-1-2023 09:16 AM
shernazz replied at 20-1-2023 07:54 AM
Hasrat masuk mesia berjaya..
Pasni ramai.la yang terperangkap


ish tak baik pitenah. Dah dihantar ke pelabuhan chittagong pakai logistik kampeni sama. Mmg dia keje kat kampeni pelabuhan sana… gitu i berbaik sangka
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2023 09:19 AM
6 hari terperangkap dalam tu. 5 minit terperangkap dalam lift pun dah boleh trauma.
Quote ally9970 20-1-2023 09:20 AM
Kuat betul dia, boleh tahan 6 hari tanpa air...
Quote antikorok 20-1-2023 09:28 AM
Naseb baek ko maseh diberikan peluang oleh Tuhan untuk hidop dekkkkkkk
Quote areyam 20-1-2023 09:38 AM
Edited by areyam at 20-1-2023 09:39 AM

kesiaannn.... macam2...
Quote venom1 20-1-2023 09:42 AM
dapat juga dia bercuti percuma di luar negara tanpa cop passport.
Quote shernazz 20-1-2023 09:56 AM
kepompong replied at 20-1-2023 09:16 AM
ish tak baik pitenah. Dah dihantar ke pelabuhan chittagong pakai logistik kampeni sama. Mmg dia ke ...

Hahahaha..
Iols bila baca.rohingya tu...
Jadi.erm.erm.je..
Begitulah hitamnya hati iols..hahah
Quote She-Ra 20-1-2023 10:04 AM
adakah sesi try & error utk seludup masuk malaysia? errrr
apapun alhamdulillah selamat.. tak memasal jee
Quote adeqbun 20-1-2023 10:34 AM
Siannya .tibe2 teringat cite Lion...
Quote myakayina 20-1-2023 01:53 PM
nasib x jadi mayat je dah dlm tu...
Quote Kitty_catz 20-1-2023 02:11 PM
Edited by Kitty_catz at 20-1-2023 02:12 PM

naseb dah anto balik naik kapal.. kut tidak , campak je balik ke laut

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.230195 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top