CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Disangka Bapa Dan Anak Sebab Nampak Macam Beza Usia Jauh, Tapi Sebenarnya...

20-1-2023 05:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2666| Komen: 15

Sepasang suami isteri dari wilayah Shaanxi, China, baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial kerana penampilan mereka yang kelihatan seperti bapa dan anak, lapor portal berita Wolipop.

Wanita yang dikenali sebagai Wang itu kelihatan jauh lebih muda daripada suaminya. Ramai netizen mengesyaki pasangan itu mempunyai perbezaan umur kira-kira 20 tahun.


WANG berkongsi gambar bersama suaminya. - eva.vn

Gambar pasangan itu tular selepas Wang berkongsikannya di media sosial.

Netizen beranggapan perbezaan usia mereka agak jauh bahkan ada yang mendakwa lelaki berkenaan sangat kaya sehingga Wang sanggup mengahwininya.

Selepas banyak spekulasi timbul mengenai usia mereka berdua, Wang akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Namun, sangkaan netizen meleset sama sekali apabila Wang dan suaminya sebenarnya mempunyai perbezaan usia hanya lapan tahun. Wang dilahirkan pada 1987, manakala suaminya dilahirkan pada 1979.


Bukan itu sahaja, Wang berkata, suaminya hanya seorang ahli perniagaan biasa. Wanita itu  juga mengakui mempunyai kerjayanya sendiri.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-1-2023 08:14 AM
senak tak


Quote Kitty_catz 20-1-2023 08:25 AM
1979?  mcm lahir 1949 jewww
Quote mamajawie 20-1-2023 10:15 AM
muka cikki tu over filter da cam alien workshop
Quote She-Ra 20-1-2023 10:19 AM
Kitty_catz replied at 20-1-2023 08:25 AM
1979?  mcm lahir 1949 jewww

ngek laaa hahhaaaa
tapi iols pun ter"haaaaaaaaaaaa 1979????"  lepas tgk gamba tu
tp takde la beza jauh naw pun.. cuma sb suaminya tu nampak lg berumur dr tahun lahir
Quote cmf_premierleag 20-1-2023 10:21 AM
Semuanya sbb wangggg
Sama nama mcm nama dia
Quote kelip2_07 20-1-2023 10:27 AM
yee ke 1979??bkn 1930??
Quote green~tea 20-1-2023 10:29 AM
1979????? Mcm tua sangat je rupa zantan tu.. helloooo.. exhusband aku lagi tua dari mamat ni tp idok le rupa kertu cam mamat ni

Keturunan cina bukit pun dah sama.. so its an apple to apple comparison...

Quote esbok 20-1-2023 10:53 AM
tak lah jauh, fizikal suami dia yg nampak tua
Quote minguk 20-1-2023 12:07 PM
suami dia ada penyakit kot eah
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2023 12:40 PM
Mata isteri dia lain macam sahaja.
Quote Kitty_catz 20-1-2023 02:29 PM
She-Ra replied at 20-1-2023 10:19 AM
ngek laaa hahhaaaa
tapi iols pun ter"haaaaaaaaaaaa 1979????"  lepas tgk gamba tu
tp takde la bez ...

acer telen kedepan lakinye punn

kut dr sisi tu nampak le tuernye

bini pun acer buang filter sekati tu

baru lah bulen nak komen yg morni2, ye dak?
Quote Decaffeinated 20-1-2023 06:09 PM
Ko tunggu la lagi sepuluh tahun. Tanpa mekap akan nampak macam ibu dan anak pula. Karma is real, boleh ka cakap camtu?

Quote Tinot7 20-1-2023 08:00 PM
Betui ka 1979? Tak byk beza dgn iols ni..
Quote Decaffeinated 20-1-2023 10:30 PM
cmf_premierleag replied at 20-1-2023 10:21 AM
Semuanya sbb wangggg
Sama nama mcm nama dia

Surname 'Wang' tu cuma another variation of 'Wong' when romanized by a different person.

Agak kesian bila dalam family yang sama ada yang ditulis 'Wong' ada 'Wang'. Sebutan ofkos 'Wong'.






Quote ujio 21-1-2023 01:18 AM
Bininya buat plastic surgery kot...hahaha

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.073328 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top