CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pukul Bapa Dengan Topi Keledar Sebab Bengang Disuruh Berdikari

19-1-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1444| Komen: 13

MELAKA – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul bapanya menggunakan topi keledar sehingga cedera kerana berang disuruh berdikari, minggu lalu.

Tertuduh, C. Kaviarasan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejuruh pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan cedera menggunakan topi keledar terhadap bapanya S. Chandran, 58, kira-kira pukul 7 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Telok Emas dalam daerah Melaka Tengah pada 12 Januari lalu.


Foto: Kosmo

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 236A akta sama.

Difahamkan tertuduh bertindak sedemikian selepas berang disuruh berdikari dan mencari tempat tinggal sendiri oleh mangsa.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sekali dalam setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak mendekati mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun dilihat menangis dan merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan telah memberikan kerjasama yang baik dengan pihak polis.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, Darmafikri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Beliau turut menetapkan tarikh 22 Februari depan sebagai serahan dokumen dan lantikan peguam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 19-1-2023 05:43 PM
Jgnlah percaya keling mnangis ..kuat drama.
Apaknya pun tak sanggup nak hadap
Quote pooh~key 19-1-2023 06:34 PM
Meiizu replied at 19-1-2023 05:43 PM
Jgnlah percaya keling mnangis ..kuat drama.
Apaknya pun tak sanggup nak hadap

Iya sis. Melayu menangis pun akak tak percaya sis. Sekian dari akak yang tak mudah mempercayai orang sis.
Quote shernazz 19-1-2023 06:42 PM
Amboi2  apak kau pung malas dah nak menanggung..
Ko dah umo 27 kot..
Quote Tokeybundle 19-1-2023 07:03 PM
Dah 27 pun nak bapak tanggung ke.keji betul perangai kau
Quote menjad 19-1-2023 07:23 PM
Cari makan sendiri lah dei. Tuo Bangla dah
Quote -Suri- 20-1-2023 11:41 AM
Dah umur 27, mmg patut berdikari dah. Ni patut kena hempuk dengan batu nisan
Quote venom1 20-1-2023 12:08 PM
ni geng geng bawak motor sambil bercakap dengan handphone ke? bisnes juta-juta.
Quote supernaturalee 20-1-2023 12:23 PM
berdikari dalam bahasa tamil ape dekk

dia x phm kot
Quote Travelo 20-1-2023 12:26 PM
kekelingan? what do u expect
Quote tri-max 20-1-2023 03:12 PM
venom1 replied at 20-1-2023 12:08 PM
ni geng geng bawak motor sambil bercakap dengan handphone ke? bisnes juta-juta.

hahah slalu nampak kat trafic light, hpone selit je kat helmet
sembang bisnes juta2, tangan sebelah throttle myk tangan sebelah lagi padayapa kiri kanan
bapak pon tak mampu nak tanggung umur da 27
baik meninggal je di langgar lori tanah


Quote iman_kasih 20-1-2023 03:32 PM
Patut dia yg kene hempuk dgn helmet tu..baru sel2 otak dia boleh berhubung..
Quote she 20-1-2023 03:54 PM
venom1 replied at 20-1-2023 12:08 PM
ni geng geng bawak motor sambil bercakap dengan handphone ke? bisnes juta-juta.

Macik tambah sikit

Ni geng yang naik motor
Terjumpa jiran sebelah
Pastu dia berpairing plak seiring serasi bersama atas jalan tu
Dah jadi kije kete belakang kena follow
Hon karang kena libas dek helmet pulak
Quote venom1 20-1-2023 04:10 PM
she replied at 20-1-2023 03:54 PM
Macik tambah sikit

Ni geng yang naik motor

geng ni kalau berdua bertiga berani nak bertumbuk, kalau sorang2 pun berani confirm dah togok air berkhasiat tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045077 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top