CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Pulau Dikutuk Lucah,-Penerbit Niat Baik, Cuma Nak Promosi Keindahan Pantai Dan Masyarakat Majmuk Malaysia

19-1-2023 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2871| Komen: 28

Belum pun ditayangkan di pawagam, filem Pulau menerima pelbagai kecaman susulan trailer yang dilancarkan memperlihatkan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ini termasuk ada mendakwa filem berkenaan memaparkan adegan panas dan lucah yang tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.


Susulan daripada kontroversi itu, penerbit Pulau, Fred Chong menjelaskan pihaknya hanya mahu mengetengahkan budaya sebenar masyarakat di negara ini dan bukannya unsur tidak baik kepada penonton.


Foto: mStar

Fred berkata, menerusi filem tersebut pihak produksi memaparkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia sekali gus mempromosikan keindahan Pulau Langkawi di mata dunia.

“Sebagai penerbit filem Malaysia, saya sentiasa memperjuangkan kisah rakyat Malaysia yang pelbagai bagi mencerminkan budaya sebenar negara ini dalam seni perfileman.


“Kami berhasrat untuk mempromosikan pulau-pulau indah dan pemandangan eksotik Malaysia seperti mana yang boleh dilihat dengan jelas dalam treler penuh filem ini.

“Dengan keindahan alam semula jadi seperti pantai berpasir, hutan rimba, gua tersembunyi dan air terjun yang dapat kita saksikan sepanjang durasi filem ini, kami ingin mempamerkan keindahan Langkawi kepada dunia,” katanya kepada mStar.


Fred, Foto: mStar

Dalam pada itu, Fred menjelaskan kepelbagaian bangsa sebagai pelakon dalam karya tersebut juga membuatkan ia unik dengan cara tersendiri.

Kata Fred, sudah tiba masa industri perfileman tempatan perlu menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah keluarga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

“Kesemua mereka memiliki latar belakang peribadi yang berbeza dan unik seperti Melayu, Cina, India dan Eurasia, sekaligus mewakili perpaduan di negara ini.

"Industri perlu tunjukkan kepada penonton bahawa Malaysia adalah sebuah 'keluarga' yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan budaya, hidup bersama dalam keadaan harmoni.

"Saya melihat Pulau adalah langkah tepat ke arah itu," katanya.

Sementara itu, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyangkal dakwaan filem tersebut memaparkan adegan melampau sehingga boleh meruntuhkan moral masyarakat Malaysia.

PFM menjelaskan tiada sebarang adegan lucah yang tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia dipaparkan berbanding kandungan yang ditayangkan menerusi platform penstriman, media sosial atau internet.

“PFM mewakili Industri Perfileman Tempatan melalui Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Finas telah melaksanakan pra-tonton filem Pulau selepas penerbit mendapat kelulusan rasmi dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) berpandukan Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.

“Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Finas juga telah meluluskan tarikh tayangan umum di pawagam pada 9 Mac 2023,” katanya.

Untuk rekod, Pulau menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 19-1-2023 03:23 PM
gleh lah promo film ni ….moga dpt anugerah oscar….:bai
Quote dudaberhias 19-1-2023 03:24 PM
ok faham... tapi babak2 dan pompuan berbikini tu jarang2 di pulau malaysia dikkkk...

mostly acik2 bertudung gemuk gedempol jah... takdenya dorang nak berbikini... masing2 berlangas dan takde konfiden nak tayang body.... kira takde tayang masyarakat majmuk pun... yang sex scene tu pun takdenyaa tiap2 malam orang nak melambung sampai ke syiling tepi semak2 dan pokok lalang... buat gatai che pit jah...
Quote heythere123 19-1-2023 03:44 PM
citer ni kata kopipasta citer mat saleh? betul ke
Quote Zeatyisaac 19-1-2023 03:47 PM
Niat baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat.
Quote Zeatyisaac 19-1-2023 03:47 PM
dudaberhias replied at 19-1-2023 03:24 PM
ok faham... tapi babak2 dan pompuan berbikini tu jarang2 di pulau malaysia dikkkk...

mostly acik2 b ...

Hahahaha.... Reality is suck ...hahaha
Quote ezacbee 19-1-2023 03:56 PM
Tengok trailer cam filem omputih bukan Malaysia.


Orang kita klo mandi pakai t shirt, seluar track, bertudung.. yg pakai spender ke bikini ke jarang jumpa..
Quote Kancilkering 19-1-2023 05:02 PM
padan muka gsc tarik balik trailer …tidak sesuai ditayangkan…..
jual netflix je lah
Quote buapakperut 19-1-2023 05:14 PM
Di mata dunia? Di mata kambing pun x lepas
Quote buapakperut 19-1-2023 05:15 PM
heythere123 replied at 19-1-2023 07:44 AM
citer ni kata kopipasta citer mat saleh? betul ke

Poster tu poster fantasy island versi goblok
Quote lanacondor 19-1-2023 05:17 PM
Mcm mn lah si aliff Satar tu tergamak ambik job ni.. Sedih.. Buat pgjrn la..
Quote electricopop 19-1-2023 05:31 PM
Ala filem dulu dulu rasanya lagi daring kut.
Quote heythere123 19-1-2023 05:43 PM
buapakperut replied at 19-1-2023 05:15 PM
Poster tu poster fantasy island versi goblok

oh tu ke nama citer dia. Thanks kaka
Quote kalchi 19-1-2023 06:12 PM
electricopop replied at 19-1-2023 05:31 PM
Ala filem dulu dulu rasanya lagi daring kut.

Konsep nya dulu2 msia takde kesedaran lagi sis. Skrg zaman dah lain.
Quote kalchi 19-1-2023 06:19 PM
Filem ni hanya diperkatakan sbb pemakaian dan scene make out tu. Persoalannya tu saja ckup ke nk mnarik org ke panggung sbb based on teaser saja dah bole teka plot dia lemah. Plakon pon warm2 nail, pendek kata rasa cheap lah. Marketing tak kesampaian imo.
Quote miszclassique 19-1-2023 08:57 PM
Malaysia belum cukup liberal cm indon ya
Please try again in your next life gituh
Quote sailormars 19-1-2023 09:18 PM
elok la tu x boleh tayang...
Quote PocongTerbang 19-1-2023 09:32 PM
Iols tergelak baca title thread ni yach. Niat baik gitewww
Quote anilanil 19-1-2023 09:42 PM
Baik tengok film namewee je la..
Quote Geeayden 19-1-2023 10:34 PM
kalchi replied at 19-1-2023 06:12 PM
Konsep nya dulu2 msia takde kesedaran lagi sis. Skrg zaman dah lain.

Lgi satu ilmu (berkaitan islam) masih lom berkembang lgi dlm masyarakat. Zaman dah berubah dan bnyk ceramah di dlm media2 pelbagai cabang, masyrkt bertambah ilmu dan perihatin berkaitan islam.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065040 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top