London: Wanita bakal berdepan hukuman penjara selepas dia mengganggu bekas teman lelakinya dengan lebih 1,000 mesej teks dalam seminggu, merayu supaya mereka kembali bersama. Michelle Felton, 28, menelefon dan menghantar mesej kepada Ryan Harley sehingga 150 kali sehari selepas perpisahan mereka, lapor Metro UK.
Antara beratus-ratus teks, Felton menulis: "Mengapa anda tidak mahu bercakap dengan saya? Saya sayang awak. Adakah kita bertemu malam ini? Adakah kita akan keluar?'" Harley menghubungi polis mengenai wanita yang juga pembantu syarikat cermin mata Specsavers itu apabila bekas kekasihnya mula meninggalkan hadiah di depan pintu rumahnya. Turut sama menetap di kediaman Harley di Pelabuhan Ellesmere, Cheshire itu adalah ibunya. "Saya tidak mahu lagi semua ini dan perbuatan ini perlu dihentikan," kata Harley dalam aduannya kepada pegawai polis.
Harley menuduh Felton mengawalnya sepanjang hubungan mereka selama 21 bulan, seperti dimaklumkan kepada Mahkamah Majistret Chester di barat laut England. Felton mengaku salah atas dakwaan melakukan gangguan dan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan. Pasangan itu mula bercinta pada Mei 2020 tetapi berpisah pada Februari selepas Felton menendang Harley di pangkal paha ketika mereka bergaduh mulut. Harley pula dalam tindak balasnya terhadap serangan itu, secara tidak sengaja mencederakan Felton hingga wanita itu patah jarinya. Felton sudah dilarang menghubungi Harley atau ibu kepada bekas teman lelakinya, Jane. Timbalan Pendakwa Raya Lynne Sayers memberitahu mahkamah bahawa walaupun jelas Felton hanya 'mencurahkan perasaannya', mesej yang tidak henti-henti itu menyebabkan Harley berada dalam 'kesusahan yang serius'. -CARI Sumber: Harian Metro
|
pinkpunk replied at 19-1-2023 03:18 PM
kesiann.. sangap nk berlaki.. masuk jelah tinder kak crk mangsa lain
ADVERTISEMENT