Tular luahan seorang pengguna di Facebook yang berdepan dengan kumpulan pelajar 'berkampung' di sebuah restoran McDonald's yang tidak dinyatakan lokasi. Menerusi hantarannya di grup B40 Buat Perangai Apa Harini, lelaki ini berasa kurang senang apabila ada pelajar yang meminta pelanggan di situ tidak buat bising kerana mereka sedang mengulang kaji pelajaran.
“Seriously, saya tak boleh 'hadam' dengan sesetengah pelajar universiti yang ulangkaji dekat McDonald's. “Saya dah kena beberapa hari lepas. Masuk saja McD, ada sekumpulan pelajar pulun study. Memang tak menjadi kesalahan ulangkaji di situ, tapi agak-agaklah. “McD tempat orang makan. Jadi kalau budak-budak buat bising tu standardlah. Ni jeling-jeling marah dekat budak-budak konon sebab bising,” katanya. Tegas lelaki ini, kafe atau restoran makanan segera merupakan tempat khas untuk urusan jual beli makanan dan bukanlah tempat mengulangkaji pelajaran.
Justeru, sudah pasti orang awam yang mahu makan di kedai atau restoran tidak menyukai sikap kumpulan pelajar yang menjadikan premis berkenaan sebagai 'port' melepak sambil belajar. “Restoran menjalankan perniagaan makan bukan bisnes untuk ulang kaji. Orang ramai tidak suka pelajar ‘tempah’ tempat duduk selama lebih dari sejam. “Tempat duduk tu ditujukan untuk pelanggan yang mahu menjamu selera. Kalau ada students ‘kaki McD’ sini baca, mohon ada common sense ya. Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan pemuda tersebut bahawa restoran bukanlah tempat sesuai untuk mengulang kaji pelajaran. Dalam pada itu, beberapa netizen turut menceritakan pengalaman berdepan situasi hampir sama dan turut berasa kurang senang melihat golongan ini. “Saya sebagai orang tua nampak gelagat budak-budak universiti di McD ni sangat menjolok mata dengan gelagat dan pergaulan bebas mereka. “Belajar dekat McD tak juga pandai-pandai. Miskin adab dan sikap saja jadinya. Duit habis tapi tetap b*d*h. Kau belajar kat McD orang bising-bising kau diam saja. “Kalau saya tengah lepak dengan member-member, lepas tu group yang tengah study suruh diam, lagi kuat kami sembang gelak-gelak. Kedai makan kot. Bukan tanah kubur nak senyap sunyi,” demikian antara komen netizen di Facebook. Dalam pada itu, ada yang meminta pihak pengurusan restoran untuk bertegas dan mengeluarkan peraturan agar tidak membenarkan para pelajar mengulang kaji pelajaran untuk tempoh yang lama. -CARI Sumber: mStar Online
|
ayukpingu replied at 19-1-2023 11:41 AM
aku rasa cafe or mcd ni dah boleh start guna rules. bagi limit 2-3 meja aje kat diaorg ni, pastu let ...
imransulaiman replied at 19-1-2023 12:13 PM
Kenapa mekdi biarkan saja tempat mereka tu jadi pusat study ye? Kenapa tak halau je bebudak tu??
pooh~key replied at 19-1-2023 12:14 PM
Gila kau nak halau sis? tak pasal2 viral jatuh business sis oiiii….
she replied at 19-1-2023 12:09 PM
Kalau study sensorang memang tak lulus exam ke?
Lemahnya anak2 sekarang study nak kena ada orang men ...
ADVERTISEMENT