Seorang wanitaterpaksa menerima hakikat bayi kesayangannya meninggal dunia disebabkan kecuaian keluarganya sendiri. Menurut sumber Healt Okezone, anak kecil yang baru berusia 54 hari itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas dan jangkitan paru-paru.
Ibunya, Puan Aya akui sangat terkilan dengan sikap keluarganya yang sesuka hati memberi anak kecil itu minum air ramuan herba campuran daun kacang botol serta cekur. Katanya dia sudah melarang dan memberitahu ramuan tersebut tidak sesuai untuk bayi, tetapi keluarga tidak mengendahkan malah tetap memberikannya kepada si kecil. Kesan daripadanya, anak kecil itu mula sesak nafas dan menghidap jangkitan paru-paru. Kejadian yag berlaku di Indonesia itu menyaksikan si ibu yang panik melihat keadaan anaknya bergegas mahu membawanya ke pusat rawatan namun dihalang oleh keluarga.
Mereka berpendapat penyakit tersebut boleh diubati dengan minuman tradisional sahaja. Puan Aya tetap bertegas mahu membawa ke hospital namun malangnya, sudah terlambat dan mangsa disahkan meninggal dunia. -CARI
|
Skuau replied at 19-1-2023 12:03 PM
cam citer kul 7,sinetron jer..sumber mana
ADVERTISEMENT