CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boleh Berdiri, Jalan Tegak, Zamani Semakin Bertenaga!

18-1-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2262| Komen: 11

Rezeki penyanyi Zamani Slam, 52, dilihat semakin murah walaupun masih dalam proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swata di Cheras pada 7 November lalu.


Semalam, Zamani hadir pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir nyanyiannya bersama bakat baharu dikenali, Ariff Peter di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

Pada persembahannya, Zamani dilihat sangat bertenaga, dan paling utama nampak jelas dirinya sudah boleh berdiri dan berjalan tegak ketika membuat persembahan nyanyian. Begitu juga, kawalan vokal Zamani juga masih dalam keadaan baik.



Boleh dikata, persembahan Zamani ketika menyanyikan lagu Yes Sir itu tidak menghampakan dan tetamu yang hadir pada acara berkenaan juga memberi tepukan gemuruh kepadanya sebaik persembahan selesai.

Bagaimanapun, usaha media yang hadir untuk menemubual Zamani tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh rakan duetnya, Ariff Peter bahawa penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu harus pulang awal.

"Saya mohon maaf kepada semua rakan media kerana abang Zamani terpaksa pulang awal atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi," katanya ketika sidang media berlangsung.


Foto: Harian Metro

Terdahulu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim ketika ditemubual media sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik dan sihat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

"Banyak juga yang terbatas. Sakit pula 'on and off' datang. Malah, ada kalanya kaki saya bengkak, namun digagahkan juga untuk buat persembahan," katanya ketika ditemui media pada konsert sempena sambutan Tahun Baru 2023, baru-baru ini.

Zamani berkata, bagaimanapun dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Namun, Zamani turut memaklumkan dia sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 18-1-2023 07:01 PM
Alhamdulillah semoga zamani terus sihat.
Quote -Suri- 18-1-2023 07:18 PM
Moga terus sihat dan murah rezeki dan bertambah berat
Quote she 18-1-2023 07:37 PM
Kenapa eh tiap kali masak kat dapor
Pasang Spotify
Tetiba terkeluar lagu Slam
Mesti rasa sebakkkk

Tidak mungkin ku berpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Geloraaaaa melandaaa adalah dendam mu
Quote anarina 18-1-2023 09:15 PM
Doc zamani ni sama doc ngan i yachhh
Quote IzzahF 18-1-2023 09:18 PM
Huhh taktau nape I rasa lega tgk dia boleh berdiri normal
Quote ladyxez 18-1-2023 09:20 PM
Mahal ke operation zamani ni
Quote Afifi82 18-1-2023 09:26 PM
Get well soon. Semoga cpt2 sembuh..
Quote virgo19 18-1-2023 10:06 PM
Alhamdulillah.. aku kagum betul.. dari sebengkok2 badan boleh jadi lurus.
Quote DARSITA 19-1-2023 07:21 AM
IzzahF replied at 18-1-2023 05:18 AM
Huhh taktau nape I rasa lega tgk dia boleh berdiri normal


Ha'ah time badan di membengkok dgn kita kita sekali dpt rasa ketidak selesaan itu.


Quote rosedemon 19-1-2023 08:35 AM
ok la tu smoga trus menyanyi
Quote abadi84 19-1-2023 09:10 AM
Makin hensem abangadek. Semoga gemok sikit.
Tentu bahagia isteri dia sbb zamani ni trsangatlah menjaga perasaan orang.
Kita mintak ambil gambar, dia plak yg ucap terima kasih lagi. Lepas tu usap kepala anak2 ai..
Wife dia pernah cakap kalau tgh memasak, zamani suka temankan dia sambil menyanyi.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.059563 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top