View: 1850|Reply: 11
|
Boleh Berdiri, Jalan Tegak, Zamani Semakin Bertenaga!
[Copy link]
|
|
Rezeki penyanyi Zamani Slam, 52, dilihat semakin murah walaupun masih dalam proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swata di Cheras pada 7 November lalu.
Semalam, Zamani hadir pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir nyanyiannya bersama bakat baharu dikenali, Ariff Peter di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini.
Pada persembahannya, Zamani dilihat sangat bertenaga, dan paling utama nampak jelas dirinya sudah boleh berdiri dan berjalan tegak ketika membuat persembahan nyanyian. Begitu juga, kawalan vokal Zamani juga masih dalam keadaan baik.
Boleh dikata, persembahan Zamani ketika menyanyikan lagu Yes Sir itu tidak menghampakan dan tetamu yang hadir pada acara berkenaan juga memberi tepukan gemuruh kepadanya sebaik persembahan selesai.
Bagaimanapun, usaha media yang hadir untuk menemubual Zamani tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh rakan duetnya, Ariff Peter bahawa penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu harus pulang awal.
"Saya mohon maaf kepada semua rakan media kerana abang Zamani terpaksa pulang awal atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi," katanya ketika sidang media berlangsung.
Foto: Harian Metro
Terdahulu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim ketika ditemubual media sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik dan sihat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
"Banyak juga yang terbatas. Sakit pula 'on and off' datang. Malah, ada kalanya kaki saya bengkak, namun digagahkan juga untuk buat persembahan," katanya ketika ditemui media pada konsert sempena sambutan Tahun Baru 2023, baru-baru ini.
Zamani berkata, bagaimanapun dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Namun, Zamani turut memaklumkan dia sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga zamani terus sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga terus sihat dan murah rezeki dan bertambah berat |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa eh tiap kali masak kat dapor
Pasang Spotify
Tetiba terkeluar lagu Slam
Mesti rasa sebakkkk
Tidak mungkin ku berpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Geloraaaaa melandaaa adalah dendam mu |
|
|
|
|
|
|
|
Doc zamani ni sama doc ngan i yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
Huhh taktau nape I rasa lega tgk dia boleh berdiri normal |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal ke operation zamani ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon. Semoga cpt2 sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. aku kagum betul.. dari sebengkok2 badan boleh jadi lurus. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah time badan di membengkok dgn kita kita sekali dpt rasa ketidak selesaan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu smoga trus menyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Makin hensem abangadek. Semoga gemok sikit.
Tentu bahagia isteri dia sbb zamani ni trsangatlah menjaga perasaan orang.
Kita mintak ambil gambar, dia plak yg ucap terima kasih lagi. Lepas tu usap kepala anak2 ai..
Wife dia pernah cakap kalau tgh memasak, zamani suka temankan dia sambil menyanyi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|