CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Tahun Simpan Mayat Ibu Dalam Rumah, Tak Lapor Kematian Sebab Takut Miskin

18-1-2023 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 909| Komen: 5

Seorang wanita berusia 47 tahun ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai gagal untuk mendaftar kematian ibunya lebih dari dua tahun.

The Korea Herald melaporkan suspek yang berasal daripada Incheon itu turut didakwa kerana menyimpan mayat ibunya di dalam rumah untuk mendapatkan faedah keselamatan sosial miliknya.


Namun tindakannya itu dapat dihidu oleh pihak berkuasa selepas rekod kesihatan milik ibu suspek tidak dikemaskini sejak 2020.


Foto: The Korea Herald

Suspek juga menyimpan sisa rangka tubuh milik ibunya yang ditutup menggunakan selimut di rumahnya yang terletak di sebuah flat bertingkat rendah di Incheon.

Wanita berkenaan dikatakan telah menerima duit pencen milik ibunya sehingga mencecah 17 juta won (RM59,537.86) sejak kematian ibunya sekitar Ogos 2020.

Suspek yang juga seorang penganggur itu difahamkan menggunakan wang tersebut untuk menampung kehidupannya sendiri dan enggan mendaftar kematian ibunya kerana risau sekiranya jatuh miskin.


Hasil siasatan juga mendapati wanita tersebut memutuskan hubungan dengan lima adik-beradiknya yang lain sejak kematian bapa mereka pada 1995.

Walau bagaimanapun, keputusan bedah siasat mayat tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian ibu suspek. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 18-1-2023 03:31 PM
xbau busuk ke
Quote syaz_lina 18-1-2023 03:45 PM
Sebulan pencen mak dia dalam RM3K..knowing SK standard of living tinggi nak mampus, mmg cukup2 mkn la, or tak cukup mkn. No wonder anak tak nak lepaskan pencen
Quote hasniey 18-1-2023 03:47 PM
Kesian.mak kerja kuat masa hidup.pencen pon byk.anak lg rela simpan mayat dr keluar kerja.
Tahan nya lah bau busuk.time summer mcm mana la dia tahan.
Quote supernaturalee 18-1-2023 05:14 PM
mcm mini siri landscapers
duk mkn duit pencen bapak dia yg dh meninggal (terbunuh)




Quote rosedemon 19-1-2023 08:19 AM
slalu busk mayat ni msti dia ada simbah apa2 bg xbau

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.034383 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top