View: 741|Reply: 5
|
Dua Tahun Simpan Mayat Ibu Dalam Rumah, Tak Lapor Kematian Sebab Takut Miskin
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berusia 47 tahun ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai gagal untuk mendaftar kematian ibunya lebih dari dua tahun.
The Korea Herald melaporkan suspek yang berasal daripada Incheon itu turut didakwa kerana menyimpan mayat ibunya di dalam rumah untuk mendapatkan faedah keselamatan sosial miliknya.
Namun tindakannya itu dapat dihidu oleh pihak berkuasa selepas rekod kesihatan milik ibu suspek tidak dikemaskini sejak 2020.
 Foto: The Korea Herald
Suspek juga menyimpan sisa rangka tubuh milik ibunya yang ditutup menggunakan selimut di rumahnya yang terletak di sebuah flat bertingkat rendah di Incheon.
Wanita berkenaan dikatakan telah menerima duit pencen milik ibunya sehingga mencecah 17 juta won (RM59,537.86) sejak kematian ibunya sekitar Ogos 2020.
Suspek yang juga seorang penganggur itu difahamkan menggunakan wang tersebut untuk menampung kehidupannya sendiri dan enggan mendaftar kematian ibunya kerana risau sekiranya jatuh miskin.
Hasil siasatan juga mendapati wanita tersebut memutuskan hubungan dengan lima adik-beradiknya yang lain sejak kematian bapa mereka pada 1995.
Walau bagaimanapun, keputusan bedah siasat mayat tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian ibu suspek. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan pencen mak dia dalam RM3K..knowing SK standard of living tinggi nak mampus, mmg cukup2 mkn la, or tak cukup mkn. No wonder anak tak nak lepaskan pencen |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.mak kerja kuat masa hidup.pencen pon byk.anak lg rela simpan mayat dr keluar kerja.
Tahan nya lah bau busuk.time summer mcm mana la dia tahan. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mini siri landscapers
duk mkn duit pencen bapak dia yg dh meninggal (terbunuh)
|
|
|
|
|
|
|
|
slalu busk mayat ni msti dia ada simbah apa2 bg xbau |
|
|
|
|
|
|
| |
|