Sharnaaz Ahmad menyifatkan kes jenayah yang sedang dihadapinya ketika ini sebagai warna dalam kehidupan. Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, pertuduhan itu bagaimanapun tidak menganggu aktiviti hariannya sebagai seorang selebriti kerana apa yang berlaku adalah lumrah sebagai seorang manusia.
"Insya Allah tiada apa yang menganggu kerja harian saya dan apa yang berlaku adalah warna dalam hidup yang perlu dilalui. "Jadi kita kena nikmati sahaja warna-warna kehidupan itu walaupun warna itu kadang-kadang tak elok, kita harung sahaja," katanya kepada mStar. Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu. Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.
|
antidote replied at 18-1-2023 02:50 PM
Ko dgn org luar bkn main samseng mcm telan tebuan. Hakikatnya ko la pondan jelmaan. Berselindung dis ...
jihyomelly replied at 18-1-2023 04:39 PM
mangkaq la hang ni mamu..anak antu penang konon…org penang pun malu dgn perangai hang
ADVERTISEMENT