View: 1380|Reply: 13
|
"Lelaki Kalau Gaduh Lain, Gaduh Hari Ini, Esok Jadi Kawan Baik," Sharnaaz Ahmad
[Copy link]
|
|
Sharnaaz Ahmad menyifatkan kes jenayah yang sedang dihadapinya ketika ini sebagai warna dalam kehidupan.
Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, pertuduhan itu bagaimanapun tidak menganggu aktiviti hariannya sebagai seorang selebriti kerana apa yang berlaku adalah lumrah sebagai seorang manusia.
"Insya Allah tiada apa yang menganggu kerja harian saya dan apa yang berlaku adalah warna dalam hidup yang perlu dilalui.
"Jadi kita kena nikmati sahaja warna-warna kehidupan itu walaupun warna itu kadang-kadang tak elok, kita harung sahaja," katanya kepada mStar.
Foto: mStar
Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.
Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes tersebut disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.
Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia sudah bersedia berdepan dengan perbicaraan kes berkenaan memandangkan ia sudah pun berlaku.
Kata Sharnaaz, setiap apa yang berlaku mempunyai sebab tersendiri dan berharap ia akan selesai dengan baik.
"Nak kata bersedia atau tidak, saya kena juga sedia sebab benda pun dah berlaku. Benda yang terjadi ada sebab.
"Bagi saya ini basic sebab benda ini lelaki sama lelaki, jadi ada perangai kita sendiri. Tetapi lelaki kalau gaduh lain... gaduh hari ini, esok jadi kawan baik," katanya.
Sementara itu, peguam pelakon itu, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat memaklumkan pihaknya akan mengemukakan satu permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk menggugurkan kes berkenaan jika dibenarkan mahkamah.
Bagi kes tersebut, Sharnaaz didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu pelakon filem Jebat itu telah direman selama tiga hari pada Jun 2022 kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko dgn org luar bkn main samseng mcm telan tebuan. Hakikatnya ko la pondan jelmaan. Berselindung disebalik jambang busuk ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
So dh jd besfren ke belum dgn org tu? |
|
|
|
|
|
|
|
cakap pandai lagii mamu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah baik dgn patah belum mamu? Sembang babi boleh terbang |
|
|
|
|
|
|
|
mangkaq la hang ni mamu..anak antu penang konon…org penang pun malu dgn perangai hang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni betul2 gangster ke acah2 gangster? Ke roh jebat masih dlm diri dia lagi.
Klo ada orang serang dia melawan ke tak ek? Xboleh pikir lak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jambang dia ni brserabut, mcm Zayn Malik lps ptus dgn Gigi Hadid, trus selekeh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Trktawa iol kjp bca komen uol ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ckp x serupa bikin
Bila dia maki org boleh
Bila dia kena maki balik...koyak |
|
|
|
|
|
|
|
Nie ker bff fa? Ehhh #sajejerrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|