Itulah pentingnya English education (pembelajaran bahasa Inggeris)! Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian video memaparkan seorang wanita yang mendakwa satu jenama rempah ratus yang terdapat di pasaran mengandungi 'pork' atau babi.
Menerusi perkongsian video berdurasi 50 saat yang kini tular di media sosial itu, wanita berkenaan membuat rakaman dia sedang membelek botol rempah ratus yang disusun di rak sebuah pasar raya. Dia yang mahu mencari 'seasoning' untuk membuat perapan daging ayam bagaimanapun memaklumkan dirinya terkejut apabila mendapati terdapat perkataan 'pork' pada pelekat di kebanyakan botol satu jenama rempah ratus yang dipamerkan di rak. "Nasiblah mak (saya) ni jenis baca ingredients (bahan-bahan). "Korang yang biasa pergi ******* nak beli spices (rempah ratus) di rak ni, korang kena hati-hati sebab ada macam Cajun Seasoning ni ingredients dia ada pork.
"Satu lagi Season All ni pun ada. Ini pun ada. Yang ada (pork) ni kebanyakan stickernya berwarna oren. Kalau yang herba-herba seperti daun basil, tak ada ingredient itu. "Jadi nak beli kena hati-hati," demikian kata wanita tersebut pada perkongsian video yang asalnya dimuat naik di laman TikTok miliknya. Tambah wanita tersebut, perkongsian berkenaan dilakukan kerana mahu pengguna khususnya yang beragama Islam agar lebih berhati-hati dan teliti sebelum membeli sesuatu barangan makanan yang dikhuatiri mengandungi unsur haram. Bagaimanapun disebabkan perkongsian tersebut, wanita berkenaan menerima kecaman hebat netizen gara-gara 'terlebih yakin' menunjukkan 'kepandaian' sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial. Ini kerana, wanita tersebut tersilap melihat perkataan 'pork' pada pelekat botol rempah ratus di mana ia bukanlah dalam kategori 'bahan-bahan' (ingredients), sebaliknya ia dalam kategori 'digunakan pada' (use on). Ia bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai digunakan sebagai perapan untuk daging-daging termasuklah babi. "Masalahnya dia faham tak terma 'use on' tu? Kenapa bila nampak tulisan 'pork' je semua nak claim ada benda tu. Aduhai, tolonglah pesan dekat orang macam ni sila baca betul-betul. "Kalau tak pandai, jangan ajak orang lain sekali. "Seriuslah dia memang tak tahu? Atau saja buat lawak? Takkan dia tak terfikir apa-apa? "Sia-sia belajar Bahasa Inggeris dari darjah 1 hingga tingkatan 5. "Baru saya nak menggelabah sebab memang ada beberapa (rempah) dekat rumah," demikian antara komen netizen. Difahamkan ideo tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan daripada akaun wanita tersebut, malah ia turut ditetapkan mod 'private'. -CARI Sumber: mStar Online
|
Samerosie replied at 18-1-2023 01:31 AM
Oh my English!
Tapi kan ada hati nak beli seasoning for western food. Kau makan je la kari sardin ...
hanihan16 replied at 18-1-2023 09:22 AM
baru tengok videonya semalam. alaahai, gaya bercakap manglish campur2 gitu ingatkan dah biasa englis ...
prettyuglybabe replied at 18-1-2023 09:56 AM
dia betul-betul bodoh atau acah konon nak perli?
TabletSusu replied at 18-1-2023 10:07 AM
kari sardin sedap ke? guna ikan sardin dlm tin tu ke ikan sardin segar? aku x pernah makan dan x p ...
ADVERTISEMENT