View: 5544|Reply: 97
|
Yakin Betul Cakap Haram! Wanita Menggelabah Nampak Perkataan 'Pork' Di Botol Rempah Ratus
[Copy link]
|
|
Itulah pentingnya English education (pembelajaran bahasa Inggeris)!
Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian video memaparkan seorang wanita yang mendakwa satu jenama rempah ratus yang terdapat di pasaran mengandungi 'pork' atau babi.
Menerusi perkongsian video berdurasi 50 saat yang kini tular di media sosial itu, wanita berkenaan membuat rakaman dia sedang membelek botol rempah ratus yang disusun di rak sebuah pasar raya.
Dia yang mahu mencari 'seasoning' untuk membuat perapan daging ayam bagaimanapun memaklumkan dirinya terkejut apabila mendapati terdapat perkataan 'pork' pada pelekat di kebanyakan botol satu jenama rempah ratus yang dipamerkan di rak.
"Nasiblah mak (saya) ni jenis baca ingredients (bahan-bahan).
"Korang yang biasa pergi ******* nak beli spices (rempah ratus) di rak ni, korang kena hati-hati sebab ada macam Cajun Seasoning ni ingredients dia ada pork.
"Satu lagi Season All ni pun ada. Ini pun ada. Yang ada (pork) ni kebanyakan stickernya berwarna oren. Kalau yang herba-herba seperti daun basil, tak ada ingredient itu.
"Jadi nak beli kena hati-hati," demikian kata wanita tersebut pada perkongsian video yang asalnya dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Tambah wanita tersebut, perkongsian berkenaan dilakukan kerana mahu pengguna khususnya yang beragama Islam agar lebih berhati-hati dan teliti sebelum membeli sesuatu barangan makanan yang dikhuatiri mengandungi unsur haram.
Bagaimanapun disebabkan perkongsian tersebut, wanita berkenaan menerima kecaman hebat netizen gara-gara 'terlebih yakin' menunjukkan 'kepandaian' sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.
Ini kerana, wanita tersebut tersilap melihat perkataan 'pork' pada pelekat botol rempah ratus di mana ia bukanlah dalam kategori 'bahan-bahan' (ingredients), sebaliknya ia dalam kategori 'digunakan pada' (use on).
Ia bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai digunakan sebagai perapan untuk daging-daging termasuklah babi.
"Masalahnya dia faham tak terma 'use on' tu? Kenapa bila nampak tulisan 'pork' je semua nak claim ada benda tu. Aduhai, tolonglah pesan dekat orang macam ni sila baca betul-betul.
"Kalau tak pandai, jangan ajak orang lain sekali.
"Seriuslah dia memang tak tahu? Atau saja buat lawak? Takkan dia tak terfikir apa-apa?
"Sia-sia belajar Bahasa Inggeris dari darjah 1 hingga tingkatan 5.
"Baru saya nak menggelabah sebab memang ada beberapa (rempah) dekat rumah," demikian antara komen netizen.
Difahamkan ideo tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan daripada akaun wanita tersebut, malah ia turut ditetapkan mod 'private'. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ini sebab nak pemes segera. post dengan confident walau salah...
ape lagi McCormick, sila saman muehehe  |
|
|
|
|
|
|
|
Terus akak jadi lapar babi dek. Petang kang akak ingat nak singgah pasar malam cina lah nak beli satay babi sis. Yummeh sis! |
|
|
|
|
|
|
|
Simple english oi… buat malu jah. Bbnu ke mak org ni? |
|
|
|
|
|
|
|
itulah pentingnya english edukeysyennnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
baru tengok videonya semalam. alaahai, gaya bercakap manglish campur2 gitu ingatkan dah biasa english is my second language kekdahnya. tapi boleh pulak dia tak paham 'use on' tu hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 18-1-2023 09:33 AM
ke sengaja je buat nk capub
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oh my English!
Tapi kan ada hati nak beli seasoning for western food. Kau makan je la kari sardin lemak cili padi gerenti no pork melainkan kau sendiri letak. |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut juga masa baca title kat twitter
spices mengandungi pork
betik lah ...
spices kan rempah-ratus ... tang mana ada pork
sekali bila tengok betul-betul
use on "pork" |
|
|
|
|
|
|
|
ke dia nak buat lawak, tapi lawak makan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Vietnamese pork belly ni nampak sedap sangat sister. Restoran mana ada jual sekitar klang valley ni sister? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dia betul-betul bodoh atau acah konon nak perli? |
|
|
|
|
|
|
|
kari sardin sedap ke? guna ikan sardin dlm tin tu ke ikan sardin segar? aku x pernah makan dan x pernah pulak masak kari sardin ni
|
|
|
|
|
|
|
|
JUST TO AWARE TO ALL MUSLIM FRIEND OUT THERE, HATI-HATI

|
|
|
|
|
|
|
|
entah la niat dia apa
atau dia ni spesis babi yang nampak tulisan pork terus jadi babi gila menyondol sana sini tak baca pape lagi dah
|
|
|
|
|
|
|
|
so close, so confident... but so wrong... |
|
|
|
|
|
|
|
Haha iols pun sebenarnya tak pernah try, tapi kat bod goss jering dgn kuda ada jering post dia masak kari sardin letak nenas and tomato keras.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perapan McCormick ni sedap wei..bbq brown sugar tu sedap .perap tu utk kambing xpayah tambah apa2 dah..masa tgh grill tu sapu2 lagi .mmg puas hati makan kambing bakaq sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|