Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. Menerusi hantaran di TikTok Hana, dia memberitahu suaminya, Syed memuji hidangan yang dimasak olehnya sangatlah sedap umpama makanan di restoran KFC. Sementara itu, Syed juga sempat menyuap Hana menyebabkan ada dari warganet yang cemburu dengan gelagat pasangan suami isteri terbabit. Menjengah ke ruangan komen wargamaya gembira melihat kebahagaiaan rumah tangga pasangan suami isteri itu dan ada juga yang mendakwa mereka hanya berlakon kerana makanan yang ditunjukkan umpama sudah siap masak. Sumber: Xtra |
ADVERTISEMENT