CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terdesak Sangat Ke," Rosyam Nor Bengang Akaun Tiktok Muat Nak Gambar Isteri Dan Anak-Anak

17-1-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2070| Komen: 9

"Siapa di sebalik akaun Tik Tok berkenaan? Terdesak sangat ke hendak mendapatkan 'like' dan 'followers'?." kata Datuk Rosyam Nor.

Rosyam yang juga pengarah dan penerbit meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa melanggar privasi keluarganya.


Menurutnya, dia sudah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung akaun terbabit.

Foto: IG

"Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya menghantar meninggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat oleh mereka?

"Saya tidak suka dan kurang gemar dengan apa yang berlaku ini. Selama ini saya tidak pernah memuat naik gambar isteri dan anak-anak bagi menghormati privasi mereka.

"Malah, pihak media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Malah, saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut," kata Rosyam.




Selain Rosyam, beberapa akaun di Tik Tok turut memuatkan gambar keluarga Faizal Hussein, Farid Kamil dan banyak lagi.


Menerusi akaun berkenaan, pelakon lelaki ini menzahirkan ucapan penghargaan buat isteri mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 17-1-2023 05:05 PM
Padan muka owner Tik Tok tu..
Tak reti jaga privasi org
Tok Syam ni punya lah simpan family dia...elakkan dari limelight
Sesuka hati je org lain pegi post
Breached of data privacy
Quote msdummy.2018 17-1-2023 05:10 PM
Wow...dol sarip muka berseri2 pas dpt org baru ehhh
Quote jalfa 17-1-2023 07:22 PM
Soul pon kena tanam rambut dah.botak tepi
Quote rayna_raynes 17-1-2023 07:30 PM
Bersepah dah akaun gini sejak kes Soul. Kononnya artis tu sendiri buat. Padahal nak kaut keuntungan je
Quote sleepandream 17-1-2023 07:31 PM
dah jadi retis mana ada privasi... tu la harga gaji yg dibayar utk jd retis ponnnn
Quote nylliette 17-1-2023 07:36 PM
lor tu smua fake acc. mati2 aku igt roysham ada tt. terlintas jgk masa tu perh rosyam selama ni tak tayang gambo bini tapi dah tayang sebab dah tua n nak nganjing sol
Quote Hypothetically 17-1-2023 07:38 PM
Alah, ni promosi film gangster tu kan, satu2 pelakon, tu hari sharnaz up kan controversy, ni tok danish pulak.  Oklah good luck, sorry aku takkan tengok lah.
Quote rosedemon 18-1-2023 08:33 AM
sukati kolah. cam best sangat plak nk sorok2
Quote hanihan16 18-1-2023 09:19 AM
ni video yg viral compilation of konon suami2 ni tulis ayat menghargai bini kat medsos, yang tu ke? patutla artis lain2 tapi byk caption yang sama. rupanya owner tt yang karang sendiri ek? haha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.046884 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top