Khai Bahar memuji dan mengagumi semangat rakannya iaitu Nabila Razali yang tidak pernah berputus asa memperbaiki kualiti nyanyian. Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia melihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Nabila sepanjang perjalanan karier seni wanita itu.
"Dakwaan tersebut tidak benar. Sudah banyak peningkatan dalam nyanyian Nabila, dia seorang yang rajin dan tidak pernah berputus asa. "Sebagai seorang sahabat, saya kagum dengan Nabila yang tidak pernah putus asa... dia seorang yang sangat kuat walaupun orang kata dia macam-macam. Dia juga perlukan sokongan daripada rakan-rakan dan peminat, saya nampak perkara itu. "Hari demi hari dia banyak kemajuan, bila rakam lagu bersama dengan dia pun saya terkejut nampak kemajuan dia daripada dulu sampai sekarang," katanya.
|
ekselen replied at 17-1-2023 01:34 PM
Suh kak nab berlakon je laaa...sheols x sedap bila nyanyi and nyanyi live...sejenis suara yg halus d ...
ADVERTISEMENT