View: 1104|Reply: 9
|
Khai Bahar Puji Nabila Razali, Tak Putus Asa Perbaiki Nyanyian "Dia Kuat Walau Orang Kutuk macam-Macam"
[Copy link]
|
|
Khai Bahar memuji dan mengagumi semangat rakannya iaitu Nabila Razali yang tidak pernah berputus asa memperbaiki kualiti nyanyian.
Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia melihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Nabila sepanjang perjalanan karier seni wanita itu.
Foto: IG
"Dakwaan tersebut tidak benar. Sudah banyak peningkatan dalam nyanyian Nabila, dia seorang yang rajin dan tidak pernah berputus asa.
"Sebagai seorang sahabat, saya kagum dengan Nabila yang tidak pernah putus asa... dia seorang yang sangat kuat walaupun orang kata dia macam-macam. Dia juga perlukan sokongan daripada rakan-rakan dan peminat, saya nampak perkara itu.
"Hari demi hari dia banyak kemajuan, bila rakam lagu bersama dengan dia pun saya terkejut nampak kemajuan dia daripada dulu sampai sekarang," katanya.
Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu iaitu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Khai menganggap teguran semua pihak turut membantu memperbaiki nyanyian seseorang penyanyi.
"Bagi saya teguran daripada semua orang itu tidaklah memburukkan keadaan tapi teguran itu salah satu membantu kita perbaiki salah silap dan kelemahan yang ada," katanya lagi.
Berkongsi perkembangan terkini, Khai dan Nabila berduet menerusi lagu Selagi Ku Ada hasil ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea Azizan.
Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada yang merupakan lakonan Nabila bersama Aedy Asharf.
Lagu dan muzik video rasmi Selagi Ku Ada ini boleh distrim dan ditonton di semua platform sejak 11 Januari lalu menerusi slauran YouTube Nabila Razali Entertaiment. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada beberapa penyanyi aku tengok puji Nabila ni including Tok Pinaz. She must be a very very hard worker. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma takot tgk dik nab ni nyanyi live. Kalau dgr kt YouTube, ulang2 pun aku sanggup. Lagu baru ngan KB ni pun sedap jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Suh kak nab berlakon je laaa...sheols x sedap bila nyanyi and nyanyi live...sejenis suara yg halus dan mudah terbabas kalo xleh nk control...itu bkn kekurangan tp itulah realiti.. Bbrp kali dgr lagu dia nyanyi even ngan kb ni pun rasa baik lg kalo lagu tu dinyanyikan aina bedul...cam lgu nafas cinta tuh...sory kak nab, chuols berlakon je la ok sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sejenis kuat tp hati kering. org dh ckp x sedap nk juga nyanyi. nympah |
|
|
|
|
|
|
|
setujuuu sgt dgn komen u...yup berlakon jer laaa. Letih nak dengar komen yg sama. Kena terima hakikat...
|
|
|
|
|
|
|
|
vibes khai dgn si hawa lagi menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat apa? Kuat sentap ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nab ni lucky je. kalau x xde jadi artis. nynyi karoke pon xlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi lagu baru dia ngan KB sedap |
|
|
|
|
|
|
| |
|