Pertama kali bergandingan dengan kakaknya iaitu Amelia Henderson, pelakon baharu Alex Henderson mengakui teruja kerana akhirnya dapat berlakon dengan aktres itu dalam filem terbaharu berjudul Pulau.
Alex atau nama sebenarnya Alexander Rudra Keith Henderson, 23, berkata, sebelum ini dia hanyalah seorang pelakon suara latar bagi filem animasi tetapi bersetuju menerima tawaran berlakon filem berkenaan selepas dipujuk oleh kakaknya. "Saya dan kakak memang rapat dan dia selalu ajak untuk berlakon bersama. Tetapi sebelum ini saya dekat Korea dan tak ada masa yang cukup sebab banyak kerja. "Sekarang kami bekerja dalam satu produksi yang sama menerbitkan program Studio Sembang, jadi tak susah la nak bekerja sekali. "Ini pertama kali berlakon untuk sebuah filem sebab sebelum ini saya banyak buat suara latar untuk filem animasi sahaja," katanya kepada mStar.
|
jalfa replied at 17-1-2023 08:55 AM
Jap..nak cek gaydar jap eehhh cek radar
jalfa replied at 17-1-2023 08:55 AM
Jap..nak cek gaydar jap eehhh cek radar
kakigojes replied at 17-1-2023 09:00 AM
Berdenting kee hahaha
rayna_raynes replied at 17-1-2023 11:42 AM
Adik dia ni macam PU Riz versi premium.
ADVERTISEMENT