CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2274|Reply: 17

Adik Kacak Amelia Handerson, Alex Setuju Berlakon Selepas Dipujuk, "Tak Tumpang Glamour Kakak"

[Copy link]
Post time 17-1-2023 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Pertama kali bergandingan dengan kakaknya iaitu Amelia Henderson, pelakon baharu Alex Henderson mengakui teruja kerana akhirnya dapat berlakon dengan aktres itu dalam filem terbaharu berjudul Pulau.


Alex atau nama sebenarnya Alexander Rudra Keith Henderson, 23, berkata, sebelum ini dia hanyalah seorang pelakon suara latar bagi filem animasi tetapi bersetuju menerima tawaran berlakon filem berkenaan selepas dipujuk oleh kakaknya.


Foto: IG




"Saya dan kakak memang rapat dan dia selalu ajak untuk berlakon bersama. Tetapi sebelum ini saya dekat Korea dan tak ada masa yang cukup sebab banyak kerja.


"Sekarang kami bekerja dalam satu produksi yang sama menerbitkan program Studio Sembang, jadi tak susah la nak bekerja sekali.


"Ini pertama kali berlakon untuk sebuah filem sebab sebelum ini saya banyak buat suara latar untuk filem animasi sahaja," katanya kepada mStar.




  



Sementara itu, Alex berkata kehadirannya dalam industri lakonan bukanlah kerana mahu menumpang populariti kakak, sebaliknya sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu.


"Dia selalu pujuk saya untuk berlakon sama, tetapi saya tak nak sebab Amelia sebelum ini banyak buat drama. Tapi apabila dia ajak berlakon filem seram, jadi saya setuju.


"Sebelum ini pun saya tak suka nak ikut dan teman kakak pergi mana-mana acara hiburan, jadi kalau nak kata tumpang populariti itu rasanya jauh sangat," katanya.




  



Filem seram arahan Euho itu turut menampilkan Alif Satar, Namron, Ikmal Amry, Harris Anuar dan Sabronzo Dolla.


Pulau mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar menjadi mimpi ngeri.


  



Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap..nak cek gaydar jap eehhh cek radar
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak kau glamour ke. Bbnu dengan orang yang ambik tau pasal artis je kenal dia. Kau tanya acik acik mana kenal minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 17-1-2023 08:55 AM
Jap..nak cek gaydar jap eehhh cek radar

Berdenting kee hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:42 AM | Show all posts
Adik dia ni macam PU Riz versi premium.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kecik comel je dua beradik ni. biasa genetik indian badan agak kasar berisi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2023 11:47 AM | Show all posts
jalfa replied at 17-1-2023 08:55 AM
Jap..nak cek gaydar jap eehhh cek radar

Adik dia straight uouls. Dulu ada girlpren... now x tau la ada ke x.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigojes replied at 17-1-2023 09:00 AM
Berdenting kee hahaha

Syed sadiq ada komen congrats kat ig dia....ada bunyi sekali tingggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 12:34 PM | Show all posts
Bijak dak Alex ni...kalau jadi anak ikan pun helok...eh teybeh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
oo ini wajah adik nya. muda lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 04:30 PM | Show all posts
masalahnya kacak kah? ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mixed blood je la. Nak kata kacak, hurmmm… biasa je kat mata iols. Kalau macam Hans Isaac waktu muda dulu dalam Ringgit Kasorga tu, ye tu memang hensem
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem la dari sol
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:48 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 17-1-2023 11:42 AM
Adik dia ni macam PU Riz versi premium.

hahahaha khennnn...
mcm alif sukri pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka budak2 lagi ... Nanti dah matang sikit mesti hensem hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm Yusry KRU muda2 dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka dengar alex di bercakap. So sopan and soft
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:24 AM | Show all posts
mlshnya xkacak ;on. muka mix trus ckp kacak hakelahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058645 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list