CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raya Cina: PLUS Nasihat Pengguna Keluar Sebelum 9 Pagi

16-1-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1077| Komen: 12

Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dari Lembah Klang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan agar mula memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi pada Tahun Baru Cina ini.


Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, cadangan tersebut adalah berdasarkan analisa PLUS tentang data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim-musim perayaan yang lalu.


Gambar Hiasan

“Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) pada kali ini berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan.

“Berdasarkan TTA tersebut, pengguna yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang juga dinasihatkan mula memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan di antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang.


“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, TTA merupakan salah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Sementara itu, Zakaria turut menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan.

Katanya, saranan ini bukan sahaja untuk perjalanan pengguna untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti.

“Pengguna RFID pula dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.

“Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sebanyak 2 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 19 sehingga 24 Januari ini sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 16-1-2023 06:01 PM
PLUS time ni la sibuk nak suruh contructor betoiii kn jalan..baru Nampak buat kerja yaa dak
Quote Suchi 16-1-2023 06:02 PM
Ari jumaat ni cuti sekolah bagi la cina2 dulu balik. Yg melayu islam hangpa kalut nak pi mana?
Bukan ada makan besar pun melainkan family kawen campur ada yg nak gaul yee sang bagai.
Quote sarah_ary2 16-1-2023 06:20 PM
orkid_amani replied at 16-1-2023 06:01 PM
PLUS time ni la sibuk nak suruh contructor betoiii kn jalan..baru Nampak buat kerja yaa dak

Masalahnya ada sekali tue dia tutup lorong yg laju tue jauh gila padahal baru nak mula kerja trim pokok rumput dgn kutip sampah kat tgh lebuhraya tue tp antara sepanjang panjang jalan tutup tue takde pulak org kerja sume berkumpul kat bahagian permulaan penutupan jalan tue
Quote orkid_amani 16-1-2023 06:23 PM
sarah_ary2 replied at 16-1-2023 06:20 PM
Masalahnya ada sekali tue dia tutup lorong yg laju tue jauh gila padahal baru nak mula kerja trim  ...

Sama la..Aii slu terkena nak masuk kat menora tuu..Kiri dah la Lori semput2 dok mendaki boleh pulak diorang tutup lane kanan dah la nk exit gopeng tu jem kemain sbb org dok berhenti kat r&r tapah.. tgh tunggu ecrl ntah bila nak siap xtau.. laaambaaat betoi
Quote hareeeesah 16-1-2023 09:19 PM
Haritu kena nak ke selatan.. dia kutip pokok tu siap letak kon dekat 1km jam je lebih 5km hanet btul… lori dah la byk jln 2lane je plak tu mmg ank-anak restless dh mak pun boleh jd hijau [em:6:]
Quote akies 16-1-2023 09:29 PM
Kali ni kami tk balik utagha. Serik betul!
Penah sekali sampai 12jam perjalanan.
Tu belum sampai terowong menora lagi.
Sesak sampailah tol juru. Tak sanggup
Quote shernazz 16-1-2023 09:35 PM
Iols tak.balik pung...
Nak jenjalan ..
Uols.balik la.kampung..hati3 tau
Quote AbukRokok 16-1-2023 10:11 PM
akies replied at 16-1-2023 09:29 PM
Kali ni kami tk balik utagha. Serik betul!
Penah sekali sampai 12jam perjalanan.
Tu belum sampai ter ...

sbg bijak team pembangunan atok ko hijau membuat highway mendaki gunung semata2 nak lalukan ke ipoh

klu xde team atok ko ijau sampai skrg highway kita stndard jalan kerinchi ke medan

Quote akies 17-1-2023 12:02 AM
AbukRokok replied at 16-1-2023 10:11 PM
sbg bijak team pembangunan atok ko hijau membuat highway mendaki gunung semata2 nak lalukan ke ipo ...

Huhu..mimpi ngeri kalau ada eksiden ka..
Lori terbalik ka..mmg tersangkut takde jalan keluar.
Gilerr betul area tu.
Iols kalau lalu area situ je doa banyak2 mohon dijauhkan semua ni
Quote Kemaruk-Taikk 17-1-2023 12:23 AM
Kes puteri sarah ni boleh dijadikan panduan..tak jadi pada kita..alhamdulillah..tp kita punya anak perempuan..andai jadi pada anak perempuan kita..adakah kita akan nasihat dia utk sabar? Nasihat dia utk terima? Biar hati dan jiwanya sakit bertahun lama? Mesti tak kan? Jadi..tak perlu nak salahkan tindakan puteri sarah..andai kita ada anak lelaki..nasihat anak lelaki kita agar jadi suami yg baik, sentiasa menjaga hati isteri..sentiasa menjadi pemimpin yang baik..bukan lari dr masalah.. saya bersuara sebagai seorg ibu yg tidak sanggup anak2 sy disakiti..kesimpulannya menyokong perbuatan puteri sarah bukan hanya sebab sy seorg isteri..tp saya juga seorang ibu..
Quote rosedemon 17-1-2023 08:22 AM
Kemaruk-Taikk: Kes puteri sarah ni boleh dijadikan panduan..tak jadi pada kita..alhamdulillah..tp kita punya anak perempuan..andai jadi pada anak perempuan kita..ada ...


ko kenapa ek. mabuk?

Quote Kemaruk-Taikk 17-1-2023 08:32 AM

Kenapa ko Cari MRO..ada maasalah?...up kan thread sendiri ker?


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.114946 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top