View: 943|Reply: 12
|
Raya Cina: PLUS Nasihat Pengguna Keluar Sebelum 9 Pagi
[Copy link]
|
|
Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dari Lembah Klang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan agar mula memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi pada Tahun Baru Cina ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, cadangan tersebut adalah berdasarkan analisa PLUS tentang data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim-musim perayaan yang lalu.
Gambar Hiasan
“Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) pada kali ini berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan.
“Berdasarkan TTA tersebut, pengguna yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang juga dinasihatkan mula memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan di antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang.
“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, TTA merupakan salah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa.
Sementara itu, Zakaria turut menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan.
Katanya, saranan ini bukan sahaja untuk perjalanan pengguna untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti.
“Pengguna RFID pula dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.
“Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID,” ujarnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan sebanyak 2 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 19 sehingga 24 Januari ini sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
PLUS time ni la sibuk nak suruh contructor betoiii kn jalan..baru Nampak buat kerja yaa dak |
|
|
|
|
|
|
|
Ari jumaat ni cuti sekolah bagi la cina2 dulu balik. Yg melayu islam hangpa kalut nak pi mana?
Bukan ada makan besar pun melainkan family kawen campur ada yg nak gaul yee sang bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 16-1-2023 06:01 PM
PLUS time ni la sibuk nak suruh contructor betoiii kn jalan..baru Nampak buat kerja yaa dak
Masalahnya ada sekali tue dia tutup lorong yg laju tue jauh gila padahal baru nak mula kerja trim pokok rumput dgn kutip sampah kat tgh lebuhraya tue tp antara sepanjang panjang jalan tutup tue takde pulak org kerja sume berkumpul kat bahagian permulaan penutupan jalan tue |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu kena nak ke selatan.. dia kutip pokok tu siap letak kon dekat 1km jam je lebih 5km hanet btul… lori dah la byk jln 2lane je plak tu mmg ank-anak restless dh mak pun boleh jd hijau [em:6:] |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni kami tk balik utagha. Serik betul!
Penah sekali sampai 12jam perjalanan.
Tu belum sampai terowong menora lagi.
Sesak sampailah tol juru. Tak sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak.balik pung...
Nak jenjalan ..
Uols.balik la.kampung..hati3 tau |
|
|
|
|
|
|
|
sbg bijak team pembangunan atok ko hijau membuat highway mendaki gunung semata2 nak lalukan ke ipoh
klu xde team atok ko ijau sampai skrg highway kita stndard jalan kerinchi ke medan
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 16-1-2023 10:11 PM
sbg bijak team pembangunan atok ko hijau membuat highway mendaki gunung semata2 nak lalukan ke ipo ...
Huhu..mimpi ngeri kalau ada eksiden ka..
Lori terbalik ka..mmg tersangkut takde jalan keluar.
Gilerr betul area tu.
Iols kalau lalu area situ je doa banyak2 mohon dijauhkan semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kes puteri sarah ni boleh dijadikan panduan..tak jadi pada kita..alhamdulillah..tp kita punya anak perempuan..andai jadi pada anak perempuan kita..adakah kita akan nasihat dia utk sabar? Nasihat dia utk terima? Biar hati dan jiwanya sakit bertahun lama? Mesti tak kan? Jadi..tak perlu nak salahkan tindakan puteri sarah..andai kita ada anak lelaki..nasihat anak lelaki kita agar jadi suami yg baik, sentiasa menjaga hati isteri..sentiasa menjadi pemimpin yang baik..bukan lari dr masalah.. saya bersuara sebagai seorg ibu yg tidak sanggup anak2 sy disakiti..kesimpulannya menyokong perbuatan puteri sarah bukan hanya sebab sy seorg isteri..tp saya juga seorang ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemaruk-Taikk: Kes puteri sarah ni boleh dijadikan panduan..tak jadi pada kita..alhamdulillah..tp kita punya anak perempuan..andai jadi pada anak perempuan kita..ada ...
ko kenapa ek. mabuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ko Cari MRO..ada maasalah?...up kan thread sendiri ker?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|