CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boros Sangat, Pemenang Loteri RM52 Juta Pokai

16-1-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1568| Komen: 16

LONDON –  Seorang lelaki di Britain yang memperoleh £10 juta (RM52.9 juta) dalam kemenangan Loteri Kebangsaan kehabisan wang selepas menyertai pelaburan yang merugikan, lapor akbar Daily Star semalam.


John McGuinness memenangi hadiah lumayan itu pada 1997. Dia kemudian menyertai beberapa siri pelaburan selain memberikan sebahagian besar wang kepada bekas isterinya. 

Sebelum kemenangan itu, dia bekerja sebagai pekerja am hospital dengan pendapatan £150 (RM793) seminggu dan tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah kerajaan.


Foto: Daily Record

Wang kemenangan McGuinness pantas menyusut setelah dia melabur untuk kelab bola sepak kesayangannya, pasukan Liga Perdana Scotland, Livingston.

Salah satu tindakan McGuinness adalah dengan membuat pelaburan berjumlah £4 juta (RM21.1 juta) ke dalam kelab bola sepak tersebut tanpa menyelidiki pentadbirannya. Akibatnya, dia bertanggungjawab ke atas semua pinjaman dan hutang kelab itu.


Dia juga membelanjakan £140,000 (RM739,862) untuk membeli sebuah kereta Ferrari Modena Spyder, £500,000 (RM2.6 juta) untuk rumah mewah di Majorca dan £1.3 juta (RM6.9 juta) untuk sebuah rumah besar di Borthwell, South Lanarkshire.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan itu adalah lebih separuh daripada wang kemenangan loteri yang diterimanya. 

Sebagai tambahan, dia memberi sekitar £3 juta (RM15.8 juta) kepada ahli keluarga terdekatnya dan £750,000 (RM3.96 juta) kepada bekas isterinya. Pasangan itu dan tidak mendedahkan perceraian mereka kepada umum.

Beban kewangan itu ditambah dengan pinjaman £2 juta (RM10.6 juta) untuk kelab bola sepak yang tidak membawa keuntungan kepadanya.

Menjelang 2007, McGuinness secara rasmi kehabisan wang setelah diberitahu oleh seorang rakannya.

Dia menyalahkan perbelanjaan wang itu terhadap bekas rakan perniagaan, Dominic Keane. Lelaki itu didakwa meyakinkannya supaya melabur dalam kelab Livingstone. McGuinnes mengekalkan profil yang rendah sejak kejatuhan dramatiknya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 16-1-2023 06:40 PM
bila si bodoh dapat dhuet
Quote antikorok 16-1-2023 06:42 PM
Cuci duwett harom tersengih sinissss
Quote intan244 16-1-2023 11:15 PM
xpa la rumah semua dah beli dah. wang hasil haram mmg cepat habih.
Quote green~tea 16-1-2023 11:18 PM
10 tahun++++  jugak dia merasa jadi kaya..
Quote mizzmimi 17-1-2023 07:05 AM
Merasa la kaya jap. Orka dedulu buat mansion berpuluh bilik berbijik2 rumah persinggahan la lake house lah nak maintain pun mahal.. genap 7 keturunan baru papa kedana..
Quote sangbara2020 17-1-2023 07:46 AM
duit haram mmg xlama..kekdahnya aku berbicara...ha jgn nk kondem
Quote rosedemon 17-1-2023 08:22 AM
sikit je 52 juta tu.
Quote vanillaninja 17-1-2023 08:30 AM
At least heols ada beli rumah ye tak. Kot la duk perabih duit beli kereta je pastu flex parking valet ke
Quote green~tea 17-1-2023 08:34 AM
sangbara2020 replied at 17-1-2023 07:46 AM
duit haram mmg xlama..kekdahnya aku berbicara...ha jgn nk kondem


Kes sebenarnya heols ni tamak nak duit lebih dari yg dapat and maybe takde yang ikhlas bagi advice kat dia...  sbb heols bodoh kan....

Ade je i jumpa org keje biasa2 education biasa2 tp pandai manage kewangan
Quote haruslah 17-1-2023 08:36 AM
Kaki judi kan
Menang bape juta pun x jadi ape
Selalu mcm tu la
Sbb ketagih, main lg dan lg
Menang skali, kalah n rugi ntah dah brp lak lesap
Quote Sazreena 17-1-2023 11:35 AM
Cepat dapat, cepat la leboh..duit harem khennn..
Quote asudau 17-1-2023 11:43 AM
kat sana tak de ASB ke
Quote Supersirap 17-1-2023 12:28 PM
Pernah mempunyai pengalaman mempunyai wang yang banyak
Quote kucingitam 18-1-2023 04:22 PM
vanillaninja replied at 17-1-2023 08:30 AM
At least heols ada beli rumah ye tak. Kot la duk perabih duit beli kereta je pastu flex parking vale ...

pastu pijak2 kereta...macam laki patin
Quote laqoyah 18-1-2023 06:48 PM
Melabor dlm kelab bola sangkak? Mendapat ler..
Quote menjad 18-1-2023 06:51 PM
Bila bi40 dapat duit. Jangan maki

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.370015 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top