View: 1273|Reply: 16
|
Boros Sangat, Pemenang Loteri RM52 Juta Pokai
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang lelaki di Britain yang memperoleh £10 juta (RM52.9 juta) dalam kemenangan Loteri Kebangsaan kehabisan wang selepas menyertai pelaburan yang merugikan, lapor akbar Daily Star semalam.
John McGuinness memenangi hadiah lumayan itu pada 1997. Dia kemudian menyertai beberapa siri pelaburan selain memberikan sebahagian besar wang kepada bekas isterinya.
Sebelum kemenangan itu, dia bekerja sebagai pekerja am hospital dengan pendapatan £150 (RM793) seminggu dan tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah kerajaan.
Foto: Daily Record
Wang kemenangan McGuinness pantas menyusut setelah dia melabur untuk kelab bola sepak kesayangannya, pasukan Liga Perdana Scotland, Livingston.
Salah satu tindakan McGuinness adalah dengan membuat pelaburan berjumlah £4 juta (RM21.1 juta) ke dalam kelab bola sepak tersebut tanpa menyelidiki pentadbirannya. Akibatnya, dia bertanggungjawab ke atas semua pinjaman dan hutang kelab itu.
Dia juga membelanjakan £140,000 (RM739,862) untuk membeli sebuah kereta Ferrari Modena Spyder, £500,000 (RM2.6 juta) untuk rumah mewah di Majorca dan £1.3 juta (RM6.9 juta) untuk sebuah rumah besar di Borthwell, South Lanarkshire.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan itu adalah lebih separuh daripada wang kemenangan loteri yang diterimanya.
Sebagai tambahan, dia memberi sekitar £3 juta (RM15.8 juta) kepada ahli keluarga terdekatnya dan £750,000 (RM3.96 juta) kepada bekas isterinya. Pasangan itu dan tidak mendedahkan perceraian mereka kepada umum.
Beban kewangan itu ditambah dengan pinjaman £2 juta (RM10.6 juta) untuk kelab bola sepak yang tidak membawa keuntungan kepadanya.
Menjelang 2007, McGuinness secara rasmi kehabisan wang setelah diberitahu oleh seorang rakannya.
Dia menyalahkan perbelanjaan wang itu terhadap bekas rakan perniagaan, Dominic Keane. Lelaki itu didakwa meyakinkannya supaya melabur dalam kelab Livingstone. McGuinnes mengekalkan profil yang rendah sejak kejatuhan dramatiknya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
bila si bodoh dapat dhuet |
|
|
|
|
|
|
|
Cuci duwett harom tersengih sinissss |
|
|
|
|
|
|
|
xpa la rumah semua dah beli dah. wang hasil haram mmg cepat habih. |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun++++ jugak dia merasa jadi kaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Merasa la kaya jap. Orka dedulu buat mansion berpuluh bilik berbijik2 rumah persinggahan la lake house lah nak maintain pun mahal.. genap 7 keturunan baru papa kedana.. |
|
|
|
|
|
|
|
duit haram mmg xlama..kekdahnya aku berbicara...ha jgn nk kondem |
|
|
|
|
|
|
|
At least heols ada beli rumah ye tak. Kot la duk perabih duit beli kereta je pastu flex parking valet ke |
|
|
|
|
|
|
|
sangbara2020 replied at 17-1-2023 07:46 AM
duit haram mmg xlama..kekdahnya aku berbicara...ha jgn nk kondem
Kes sebenarnya heols ni tamak nak duit lebih dari yg dapat and maybe takde yang ikhlas bagi advice kat dia... sbb heols bodoh kan....
Ade je i jumpa org keje biasa2 education biasa2 tp pandai manage kewangan |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki judi kan
Menang bape juta pun x jadi ape
Selalu mcm tu la
Sbb ketagih, main lg dan lg
Menang skali, kalah n rugi ntah dah brp lak lesap |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat dapat, cepat la leboh..duit harem khennn.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat sana tak de ASB ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah mempunyai pengalaman mempunyai wang yang banyak |
|
|
|
|
|
|
|
pastu pijak2 kereta...macam laki patin
|
|
|
|
|
|
|
|
Melabor dlm kelab bola sangkak? Mendapat ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila bi40 dapat duit. Jangan maki |
|
|
|
|
|
|
| |
|