Peguam Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya itu akan meneruskan saman injuksi terhadap keluarga Kazar Saisi kerana didakwa telah melanggar perintah mahkamah.
Menurut Akberdin, Ira Kazar dan keluarganya melanggar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan. "Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari. "Perintah injunksi itu memang kekal sehingga sekarang tapi jelas sekali mereka sudah melanggar perintah berkenaan," katanya kepada mStar. Pihak Akberdin juga sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar, namun mereka sekali lagi melanggar dan menganggu defendan.
Lebih berani lagi Ira dan Syamsul bernikah di luar negara tanpa mendapat persetujuan daripada mahkamah syariah di Malaysia. "Kita akan tunjukkan jenis-jenis pelanggaran yang telah dilakukan. Sebelum ini memang mereka telah melanggar namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya. "Kali ini nampaknya memang pelanggaran yang paling dahsyat. Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai. "Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat izin mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi," ujarnya. Sementara itu melihat IG Storynya, isteri Syamsul Yusof itu memuat naik paparan skrin tengah chill je layan Netflix -CARI |
kakasotong2: Masyuk Dato Akberdin ni, banya ...
CiliPadiSedap replied at 16-1-2023 03:19 PM
Pakai satu lawyer maksudnya? Lawyer dalam legal firm sama pg mahkamah gaduh dengan lawyer legal fi ...
kakasotong2 replied at 16-1-2023 03:28 PM
Kes sivil & kes syariah Sarah dua2 pakai lawyer yg sama. Kes gangguan Ira Kazar & family dan kes c ...
primarikey replied at 16-1-2023 03:28 PM
Biadapnya penyondol ni...perangaiiii
Cool la kekonon tu
Patut la mak sol sol sol ckp pompuan kejam.. ...
ADVERTISEMENT