CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim Seru Penjawat Awam Jangan Takut Lapor Salah Laku Pihak Atasan

16-1-2023 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 855| Komen: 3

PUTRAJAYA – Keseluruhan warga penjawat awam diseru untuk tidak berasa takut dan segera melaporkan sebarang perbuatan atau salah laku pihak atasan yang menyalahi undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekalipun arahan-arahan tersebut dikeluarkan oleh beliau, sekurang-kurangnya haruslah dimaklumkan terlebih dahulu.


“Apa yang ingin saya tekankan adalah dari segi penguatkuasaan. Apa yang telah saya pelajari, terutamanya di Kementerian Kewangan, banyak fail-fail, banyak keterlanjuran.

“Nak salahkan pegawai, namun jika arahan dari menteri, apatah lagi perdana menteri, dia patuh,”katanya pada sesi Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari di sini hari ini.


Foto: kosmo

Menurut Anwar, beliau telah memberi arahan yang jelas bahawa sekiranya ada minit mesyuarat daripada perdana menteri sekalipun yang dianggap melanggar undang-undang, beliau perlu dimaklumkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya.


“Apatah lagi kalau melibatkan pegawai-pegawai di pejabat saya (JPM) dan menteri-menteri. Sebab tu arahan pertama saya dan minta menteri-menteri beri kerjasama adalah semua Setiausaha Sulit Kanan (SUK) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSUK) di Pejabat Perdana Menteri harus dari kalangan pegawai tadbir diplomatik (PTD).

“Ini adalah supaya penyelarasan yang dilakukan itu baik kerana jika dari bahagian yang lain dia akan kurang paham,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau turut menekankan bahawa ia hanya akan berhasil sekiranya ada kerjasama yang penuh daripada semua pihak.

Jelas Anwar, beliau amat berterima kasih kepada keseluruhan warga penjawat awam di atas sambutan dan teguran-teguran yang diterima serta diterima baik sepanjang menerajui pentadbiran kerajaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-1-2023 02:49 PM
org gomen ni sume mmg taguna
Quote batu kikir 23-1-2023 10:33 PM
Pertanyaan.
1. Ada perlindungan ke untuk sesiapa yg jadi whistleblower?  
2. Dalam carta organisasi.......unit integriti menjawab kepada Presiden.  Ini carta paling bodoh.....macam mana orang nak repot salah laku orang atasan

Pertanyaan itu terpakai untuk sebuah organisasi GLC
Quote asmurai 24-1-2023 09:47 AM
Bukan ke sejak dari dulu SUK dengan KSU ni terdiri dari skim PTD? Yang kena tangkap pasal rasuah baru ni pun Pengarah sebuah Bahagian di Kementerian yang semestinyalah PTD?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.033257 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top