View: 700|Reply: 3
|
Anwar Ibrahim Seru Penjawat Awam Jangan Takut Lapor Salah Laku Pihak Atasan
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Keseluruhan warga penjawat awam diseru untuk tidak berasa takut dan segera melaporkan sebarang perbuatan atau salah laku pihak atasan yang menyalahi undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekalipun arahan-arahan tersebut dikeluarkan oleh beliau, sekurang-kurangnya haruslah dimaklumkan terlebih dahulu.
“Apa yang ingin saya tekankan adalah dari segi penguatkuasaan. Apa yang telah saya pelajari, terutamanya di Kementerian Kewangan, banyak fail-fail, banyak keterlanjuran.
“Nak salahkan pegawai, namun jika arahan dari menteri, apatah lagi perdana menteri, dia patuh,”katanya pada sesi Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari di sini hari ini.
 Foto: kosmo
Menurut Anwar, beliau telah memberi arahan yang jelas bahawa sekiranya ada minit mesyuarat daripada perdana menteri sekalipun yang dianggap melanggar undang-undang, beliau perlu dimaklumkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya.
“Apatah lagi kalau melibatkan pegawai-pegawai di pejabat saya (JPM) dan menteri-menteri. Sebab tu arahan pertama saya dan minta menteri-menteri beri kerjasama adalah semua Setiausaha Sulit Kanan (SUK) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSUK) di Pejabat Perdana Menteri harus dari kalangan pegawai tadbir diplomatik (PTD).
“Ini adalah supaya penyelarasan yang dilakukan itu baik kerana jika dari bahagian yang lain dia akan kurang paham,” jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau turut menekankan bahawa ia hanya akan berhasil sekiranya ada kerjasama yang penuh daripada semua pihak.
Jelas Anwar, beliau amat berterima kasih kepada keseluruhan warga penjawat awam di atas sambutan dan teguran-teguran yang diterima serta diterima baik sepanjang menerajui pentadbiran kerajaan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
org gomen ni sume mmg taguna |
|
|
|
|
|
|
|
Pertanyaan.
1. Ada perlindungan ke untuk sesiapa yg jadi whistleblower?
2. Dalam carta organisasi.......unit integriti menjawab kepada Presiden. Ini carta paling bodoh.....macam mana orang nak repot salah laku orang atasan
Pertanyaan itu terpakai untuk sebuah organisasi GLC
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke sejak dari dulu SUK dengan KSU ni terdiri dari skim PTD? Yang kena tangkap pasal rasuah baru ni pun Pengarah sebuah Bahagian di Kementerian yang semestinyalah PTD? |
|
|
|
|
|
|
| |
|