CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Medan Selera Di Terengganu Suram, Pelanggan Merungut Nak Pergi Tandas Jauh Sampai 1km!

16-1-2023 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1290| Komen: 10

Kuala Terengganu: Ketiadaan tandas awam di medan selera Tanjung di Dataran Syahbandar di sini, menyebabkan kawasan persinggahan utama pelancong daripada dalam dan luar negara untuk menjamu selera, suram.


Tinjauan mendapati hanya terdapat satu tandas awam bertaraf eksklusif yang terletak kira-kira satu kilometer (km) daripada medan selera berkenaan.

Keadaan itu menyukarkan pengunjung jika perlu ke tandas terutama mereka yang mempunyai anak kecil.


Foto: Harian Metro

Tinjauan juga mendapati terdapat 70 gerai makanan dan minuman disediakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di medan selera yang terletak di tebing muara Sungai Terengganu itu.

Seorang peniaga, Nik Ramzi Salleh, 48, berkata, medan selera Tanjung menjadi pilihan utama pengunjung untuk menikmati makanan dan minuman termasuk pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan tandas awam menyebabkan kawasan itu suram kerana ramai pengunjung merungut mereka berdepan kesukaran terutama kanak-kanak untuk membuang air kecil.


"Kita dimaklumkan medan selera ini dalam proses pemindahan, tetapi ketiadaan kemudahan itu menyukarkan pelanggan.

"Jadi, kami meminta kerajaan menyediakan tandas awam sementara untuk kemudahan pengunjung," katanya yang mewakili 70 peniaga kedai makan di kawasan itu.

Foto: Harian Metro

Difahamkan, medan selera Tanjung itu dalam proses pemindahan ke sebelah utara di Hulu Takir.

Bagaimanapun, projek pembinaan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta tertangguh disebabkan pertukaran Kerajaan Pusat.

Sementara itu, seorang pengunjung medan selera Tanjung, Farah Nasuha Ramli, 27, berkata, ketiadaan tandas awam di kawasan berdekatan menyukarkan pengunjung untuk membuang air kecil.

Menurutnya, walaupun medan selera itu akan diroboh dan dipindahkan ke lokasi lain, tetapi pembinaan tandas sementara amat diperlukan bagi memberi kemudahan pengunjung.

"Memang ada tandas awam, tetapi jaraknya terlalu jauh dan menyukarkan kami," katanya.

Seorang pengunjung, Mohammad Ridwan Hamzah, 68, dari Kampung Hiliran, berkata, sebelum ini terdapat tandas berhampiran medan selera itu, tetapi dirobohkan berikutan kawasan berkenaan terbabit dengan projek pembinaan sebuah pasar raya.

"Terdapat dua tandas awam yang terletak masing-masing terletak kira-kira satu kilometer daripada medan selera Tanjung dan jaraknya yang jauh menyukarkan pengunjung terutama yang membawa anak kecil untuk menggunakan kemudahan itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-1-2023 11:59 AM
Cemana readykan khemah makan , tandas tak datang skali. Common sense. Kang ada yang memerut tempat bebukan ,buat2 terkejut pulak
Quote matchstick 16-1-2023 12:05 PM
Tukang masak dan pelayan kt situ kencing kt mana jgn kencing dkt dapur dh ler
Quote jfq 16-1-2023 12:33 PM
Buruk la khemah sana sini tengah bandar
Quote ally9970 16-1-2023 05:17 PM
Kalau dengan adanya tandas, boleh memajukan bisnes korang, apa kata kongsi2 dgn semua peniaga kat situ, beli la mobile toilet..
Quote ipanimanz1 16-1-2023 05:50 PM
Edited by ipanimanz1 at 16-1-2023 05:52 PM

bukan salah tndas sgt ye.harga tu, seram nak beli. cuba la jual murah2 skit
Quote antikorok 16-1-2023 06:23 PM
Membongak jahh tandas terdekat sampai 1km, ada jahhhh tandas awam dlm 450 m jahhh kat hentian teksi tanjung (masih lagi hentian teksi ker, dolu2 katanyehhh nak buat hentian bas ekspress tapi tak jadi gitewww) sebelah bangunan Econsave (dulu Astaka, Hock Kee Seng, The Store pun pernah tak silap, banyakk kali tukar milik daaa)...

Ada jugak tandas surau Haji Mohd Kerinci sebelah tu jugak yg bayor 30 posen ker 40 posen skrg...

Ada satu lagi tandas awam sebijik petak warna putih tapi mcm dah tutop teross selamanya tapi kalu pergi kalu sebelah tandas tu dolu2 baunya ya ampun buleh pitam dan pengsan sebab sebelah loji kumbahan jahh. Tandas awam yg baru dekat hentian teksi tanjung ni yg dah ganti tandas lama ni.

Apoooo sampai kena pergi tandas eksklusif (skrg tandas premier kalau tak silap) yg kat Dataran Shahbandar tu, yg tu memang lerr jauh kalau nak menapak

Tapi, hakikatnyer memang medan selera tu takde tandas sendirik yg dekat, eh tapi kata nak robohhh medan selera tu jadi nak buat tandas apa lagi kalau katanyehh sementara jahhh medan selera tu.
So, nak robohkan medan selera tu nak bina tempat kayangan apa lagikk? Nak bangunkan nak bina mall baru lagik ker? Apoooo berapa banyak mall nak buat kat KT ni la, KTCC Mall dah ado, Mayang Mall dlm pembinaan besar gedabak tuh pun nak ado... Yihhh
Quote ezacbee 16-1-2023 06:41 PM
Camno boleh pacak niaga kat situ walaupun sementara. Peniaga2 ni menahan kencing ke?
Quote TOPwind 16-1-2023 08:14 PM
Terengganu dgn India serumpun ke

di India punti ada tandas , berak merata je
Quote Freezies 16-1-2023 09:20 PM
Belum sampai tandas dan terkincit dulu
Quote rosedemon 17-1-2023 08:08 AM
lah dah tu org yg niaga kat sini camane gaya kalau nk tercirit

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.112113 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top