CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tanding Dua Jawatan Tertinggi, UMNO Gali Kubur Sendiri!

16-1-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 839| Komen: 6

Keputusan UMNO untuk tidak mempertan­dingkan dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan akan datang dilihat umpama ‘menggali kubur sendiri’.

Menjelaskan perkara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Jeniri Amir berkata, keputusan tersebut juga dilihat sebagai mesej kepada rakyat terutamanya pengundi Melayu bahawa UMNO tidak mahu berubah dan tiada tekad politik untuk melakukan transformasi.


Jeniri berkata, tindakan itu juga seolah-oleh menutup ­ruang demokrasi dan melindungi pe­mimpin di atas sedangkan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di­sebabkan krisis kepimpinan serta kredibiliti pemimpin.


Foto: Kosmo

“Saya lihat keputusan ini tidak baik untuk masa depan UMNO, sepatutnya mereka bersedia dua jawatan itu (presiden dan timbalan presiden) dipertandingkan kerana jika menang ia akan me­ngukuhkan kedudukan serta keabsahan mereka.


“Sebenarnya, bukan mudah bagi sesiapa yang menentang kedua-dua jawatan itu untuk menang walaupun yang bertanding itu nama besar seperti KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) atau Hishammuddin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) sekali pun,” katanya kepada Kosmo!

Jeniri menambah, sepatutnya Presiden dan Timbalan Presiden menggunakan medan pertandi­ngan ini untuk menguji kekuatan mereka kerana peluang untuk menang adalah besar.

Bagaimanapun, peluang itu tidak digunakan dan ia amat tidak baik untuk UMNO pada masa hadapan terutamanya selepas mereka kalah teruk PRU15.

“Walaupun mereka telah menampilkan ramai muka baharu dalam PRU lalu sebagai proses peremajaan parti, tetapi itu tidak cukup memperlihatkan UMNO sudah berubah.

“Seharusnya UMNO perlu membuka ruang pertandingan kepada dua jawatan tertinggi seperti jawatan lain. Kenapa perlu menutup ruang ini sedangkan jawatan lain dipertandingkan?

“Sepatutnya Zahid (Ahmad Zahid) sendiri yang membuka ­ruang (pertandingan) ini supaya dia dilihat ada keazaman politik dan kebolehan. Jangan jadikan sentimen takut parti berpecah dan wujud ketidakstabilan sebagai alasan,” tegasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 16-1-2023 09:20 AM
okla tu musuh2 umno patut meraikannya secara senyap2
Quote ACC106 16-1-2023 09:38 AM
Sewaktu Konvensyen PRN PKR recently ... ada yang meraikannya secara senyap & berhemah
Quote zidane_ziege 16-1-2023 09:53 AM
AbukRokok replied at 16-1-2023 09:20 AM
okla tu musuh2 umno patut meraikannya secara senyap2

Perikatan Nasional seharusnya membuat kenduri arwah umno secara besar besaran
Quote awanearisu 16-1-2023 09:57 AM
Merosakkan parti dari dalam. Ibarat tikus yang mengikut 'Pied Piper of Hamelin'.
Quote kelana36 16-1-2023 10:26 AM
Innalillah... UMNO ni dulu baik orangnya...
Quote rosedemon 17-1-2023 08:07 AM
g mpuh sama mu yamno

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.064631 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top