CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Laman Web Lucah Pakai Separuh Bogel Hadir Ke Mahkamah, Tak Kisah Dipenjara Asal Boleh Bergaya

16-1-2023 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1605| Komen: 4

Seorang model bagi laman sesawang lucah hadir ke mahkamah dengan berpakaian kurang sopan.

Pempengaruh (influencer) itu menghadirkan diri bagi menjawab tuduhan bahawa dia melanggar undang-undang tahap batas kelucahan yang ketat di Turki.


Merve Taskin, 23, berdepan hukuman penjara tiga tahun dan telah dituduh berkongsi imej daripada laman sesawang lucah itu kepada 576,000 pengikut Instagramnya.

Foto: Daily Star

Difahamkan, ini bukan kali pertama kesalahan dilakukan oleh wanita terbabit.

Terdahulu, dia dikenakan hukuman penjara lima bulan kerana menyiarkan gambar dianggap lucah pada Disember 2021.

Kini dia berdepan penjara sekali lagi dengan perbicaraan mengenai isu lucah kedua dalam masa beberapa bulan sahaja.

Tetapi pada perbicaraan untuk kes baharunya pada 12 Januari, pakaian Taskin yang menarik perhatian pastinya menjadi topik hangat.


Baju berbulu dipakai dengan menampakkan bahu sebagai penampilannya.

Model itu juga memakai skirt mini yang digandingkan dengan but tumit tinggi kulit paras lutut ketika dia tiba di mahkamah Istanbul bersama peguamnya, Feyza Altun.

Taskin kelihatan gembira apabila menyiarkan gambar di media sosial dengan kapsyen ‘Adakah anda suka pakaian ke mahkamah saya?’ - CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-1-2023 02:47 PM
ko kenapa ek. mental?
Quote babelina 16-1-2023 03:06 PM
ko patut pkai la ala2 perempuan class.. bkn selalu ko dpt peluang pkai bj penuh kain.. hahaha
Quote intan244 16-1-2023 03:14 PM
mcm ms puiyi la ni. xde org report ke insta dia.
Quote rosedemon 17-1-2023 08:06 AM
babelina: ko patut pkai la ala2 perempuan class.. bkn selalu ko dpt peluang pkai bj penuh kain.. hahaha


kokesen mana maunya cukop kain

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043517 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top