CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Abang Lori Main Signal Macam Orang Gila, Ramai Masih Tak Faham Kod Tersirat Semasa Memandu Di Jalan Raya

16-1-2023 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3142| Komen: 37

Melalui satu pendedahan di laman Twitter, seorang pemuda berkongsi bagaimana rata-rata pemandu treler memahami kesukaran yang dihadapi pemandu kereta yang berada di belakang dan mereka sebenarnya ada cara untuk membantu.


Bagaimanapun, bantuan yang diberikan itu adakalanya tidak dapat ditafsir oleh pemandu kereta kerana ia berbentuk lampu tanda arah (signal), seakan-akan kod Morse.

Melalui penggunaan lampu signal, pemandu treler akan memberitahu sama ada kenderaan di belakang selamat untuk memotong atau sebaliknya.




"Lampu tanda arah kanan dibuka, maksudnya keadaan tak selamat dan ada kenderaan di hadapan. Jangan memotong.

"Lampu tanda arah kiri dibuka, keadaan selamat dan jalan lurus, silakan memotong treler itu.

"Kedua-dua lampu tanda arah kiri dan kanan dibuka, lampu hazard, jangan mendekati treler itu kerana dia mungkin tidak dapat menaiki jalan berbukit.


"Selepas dah lepas treler tu, jangan lupa tekan hon sekali tanda terima kasih kepada abang lori," demikian penerangan yang ditulis pada video itu.



Manakala menurut pemilik ciapan itu, komunikasi melalui lampu tanda arah ini sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang kerap berulang alik ke Pantai Timur.

"Pemandu dari Pantai Timur rasanya dah biasa dengan isyarat ni, terutamanya yang lalu di laluan Bentong dan Gerik," katanya.

Sebelum ini pernah tular di media sosial bagaimana pemandu di jalan raya menggunakan lampu tanda arah untuk mengucapkan terima kasih dengan menyalakannya sebanyak dua kali.

Menjengah ke ruangan balas tweet, rata-rata warga maya terkejut apabila mendapat tahu wujudnya isyarat tersembunyi yang digunakan oleh pemandu treler melalui lampu tanda arah.

"Weh aku pernah bebel seorang diri marah cakap pemandu lori depan aku ni gila main signal waktu tengah hujan.

"Duduk main signal sengaja nak mainkan aku ke apa. Sekali macam ni maksud dia rupanya. Maaf ya abang lori.

"Memang saya perasan juga isyarat ni kalau lalu jalan kampung waktu malam belakang lori, kadang tu dia akan siap pasangkan high beam untuk suluhkan jalan depan kita," kata sebilangan warga maya.

Ada juga netizen yang berharap melalui perkongsian tular ini orang ramai dapat lebih cakna dengan isyarat yang diberikan kenderaan berat.

"Saya ada pernah duduk belakang satu kereta ni, depan dia lori, brother depan tu dah bagi signal kiri banyak kali tapi kereta tu tak potong juga.

"Akhir sekali terpaksa la saya potong dua kenderaan terus, bila lalu tengok driver kereta tu perempuan, patut la," kata netizen itu.

Namun begitu, ada juga yang mengingatkan bahawa tidak semua kenderaan berat menggunakan kaedah isyarat tersebut dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk tetap memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum memotong.

"Ibu bapa saya cakap senior driver je macam ni. New driver sekarang dah tak buat macam tu.

"Kalau lori bagi signal kiri jangan main redah je potong, check dulu. Ada kemungkinan lori tu bagi signal kiri sebab memang lori tu nak berhenti kiri atau belok kiri.

"Kalau nampak lori tu dah bagi signal kiri banyak kali tapi tak belok-belok juga, maksudnya betul la tu dia bagi isyarat dekat kita, boleh potong," kata sebilangan warga maya memberikan penjelasan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelana36 16-1-2023 08:37 AM
generasi sekarang yang lahir lahir dah guna highway 3, 4 lane mana paham benda benda ni. Yang earlier generation, masa tak ada plus highway, guna jalan kecik dua hala dari Perlis sampai lah ke JB memang biasa la, malah boleh memotong kat double line, selekoh bila abang lori kat depan bagi isyarat selamat. Kalau tak memang panjang berbondong bondong la kenderaan kat belakang dia...
Quote Thunderclouds 16-1-2023 08:41 AM
Menda gini tadak dlm ceramah time amik lesen or dlm handbook dia.
Sama mcm bila org jln bertentangan beam² tu signal ada roadblocks/acik pulis tgh menembak kt depan.
Quote ninja boy 16-1-2023 08:45 AM
Edited by ninja boy at 16-1-2023 08:57 AM

Silibus sekolah memandu x ajar perkara kurafat ini semua termasuk high beam ada polis high beam ada pontianak
Termasuk hal kurafat lain yakitu
lorong kanan lorong laju, lorong tgh lorong slow,  lorong kiri lorong motong, garisan putih lorong motor
80% motorsikal langgar trafic light
80% kenderaan dari lorong kanan pancung 2 lorong utk belok kiri di simpang y dan lorong kiri diguna utk jln terus kanan
Quote ketambangkang 16-1-2023 08:48 AM
lahhh bbnu mane tu yg x tau kod signal lori tu..agak dia ingat lori signal mcm tu sebab nak belok pastu tak jadi ke..halahh3
Quote ally9970 16-1-2023 09:17 AM
Org2 lama dah lama tau signal ni...
Quote esbok 16-1-2023 09:22 AM
Org sekarang takde dah bagi signal gini, orang lama ya. Orang sekarang tak nak campur orang, pesen buat hal sendiri, pepandai la hidup.
Quote kucingitam 16-1-2023 09:49 AM
yiih takdenya kalau bagi signal kanan tu bahaya kat depan.. selalu sangat kat highway dia duduk lorong kiri, bagi signal kanan....kita dok menunggu la bagi laluan dia nak potong motor kat tepi ke  apa.. lama drag, kita potong juga..tgk depan takde apa pun, dia pun tetap juga signal on walau kita dah jauh ke depan..
Quote Firenzza 16-1-2023 10:32 AM
Yg bengang plk ada lori dah la semput gigeh nk memotong lori lain dkt hiway 2 lane
Quote she 16-1-2023 10:52 AM
Sebab macik dulu marshall konvoi berkereta
So benda ni dah jadi kebiasaan

Terutama masa perjalanan ke Pantai Timur dari utara
Kalau double signal
Jarak sikit dari lori
Kalau signal kanan
Jangan potong dia walau kita nampak macam clear
Kalau signal kiri
Ok boleh potong lori

Sekian terima kasih sayang ku ucapkan padamu
Quote venom1 16-1-2023 10:56 AM
driver sekarang mana tau pasal signal? masuk simpang tak bagi signal, tukar lorong tak bagi signal. Ni abg lori senior bagi isyarat signal lagilah tak tau.
Quote sangbara2020 16-1-2023 11:44 AM
iolls lama tau dh....
Quote ultra78 16-1-2023 11:44 AM
Dah tahu dah signal ni. Driving ke Kelate memang hazab sebab jalan satu lane dan sempit pulak tu. Orang yang pakai highway yg ada dua atau tiga lane tak merasa benda ni. Kalau driver jenis tak berani overtake maka mengekor la lori tu berpuluh kilometer
Quote mamaazim 16-1-2023 12:49 PM
masalahnye diorg ni kebanyakkan nye tak tau kot yg kereta diorg masa beli tu lampu signal ada sekali. ini tak bagi signal tiba2 masuk kanan... tiba2 masuk kiri..
Quote CiliPadiSedap 16-1-2023 12:54 PM
kelana36: generasi sekarang yang lahir l ...


Kalau flight memang takde signal kan captain?
Quote MengkuduMasam 16-1-2023 01:00 PM
ni mesti BBNU yg amik lesen Auto jer kan...

silap2 L kat gear tu pun x tau ape & bile nak guna
Quote margo20 16-1-2023 01:09 PM
Ooh taktau pun mende nih lama gak amik lesen tahun 2005 dulu
Quote shernazz 16-1-2023 02:06 PM
Ala..iols.slalu hon pendek 2 kali utk ucap time kasih..hahah....
Kalau hon pendek sekali tu maknanya nak bgtau iols nak potong..tu je la..masa iols drive kete comel
Quote msdummy.2018 16-1-2023 02:19 PM
Kat sekolah memandu ada diajarkah benda2 mcm ni?
Quote matamata 16-1-2023 02:25 PM
Benda biasa kot... Itu maknanya driver lori bertimbangrasa... Diaorg sedar diaorg hold the traffic, so diaorg tolong tgk2kan jalan depan

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048224 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top