Kerusi batu di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dirasakan lebih selesa berbanding tilam dan kusyen empuk di rumah oleh Din (bukan nama sebenar) selepas hatinya terguris angkara mulut menantu yang sering memperlekehkannya.
Din, 63, yang membawa diri selepas makan hati dengan perbuatan si anak yang lebih mendengar cakap isteri, kini lebih rela menjadi gelandangan selepas kematian isterinya dan tinggal bersama rakan-rakan lain yang senasib dengannya sejak tiga tahun lalu. Dakwa lelaki itu, tiga anaknya mula mengabaikannya ketika ibu mereka disahkan menghidap penyakit Hepatitis B pada 2019 kerana langsung tidak mahu menjaga apatah lagi membawa wanita itu mendapatkan rawatan di hospital. “Sikap anak berubah selepas berkahwin. Saya berasa sunyi selepas kematian isteri sedangkan anak-anak hidup senang dan bahagia bersama suami dan isteri masing-masing.
“Saya takkan lupa bagaimana mereka langsung tidak bertanya khabar, jauh sekali untuk membawa dan membeli ubat untuk ibu mereka,” katanya yang berasal dari Meru, Ipoh, Perak. Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati ramai lelaki yang senasib dengan Din dan terpaksa angkat kaki keluar rumah demi kebahagiaan anak-anak dan rela merempat di lokasi tumpuan awam demi kehidupan baharu. Mereka kelihatan tidak sedikit pun kesal meninggalkan kediaman sendiri tanpa tempat tinggal yang tetap, malah cuma beratapkan langit serta berlantaikan tanah. Menurut Din, semua urusan dilakukan sendiri olehnya sehinggalah isterinya meninggal dunia. “Saya akan ingat selamanya kenangan dan kesusahan yang dialami ketika menjaga isteri. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah peninggalan bersama arwah kerana menantu tidak suka saya tinggal bersama mereka,” katanya. Ujar Din, dia tidak akan pulang ke pangkuan mereka sekiranya suatu hari nanti anak-anak berubah mahu mengambilnya kerana sudah berkecil hati dan masih dihambat kenangan lalu yang begitu menyeksakan. Tambahnya, lebih membuatkan dia makan hati apabila menantunya seorang yang garang dan cakap lepas selain memarahi suami jika memberi duit kepadanya kerana bimbang perbelanjaan tidak cukup. “Saya lebih selesa hidup begini bersama rakan-rakan gelandangan pelbagai bangsa dan negeri. Kini mereka inilah saudara saya yang mengambil berat antara satu sama lain. “Selain selesa dan berangin, saya tak perlu duit poket. Kadang-kadang ada yang menghulur sumbangan dan boleh dapat RM100 sebulan,” katanya. Tambah Din, ada juga yang memintanya menggantikan orang sebagai pengawal keselamatan dan dibayar RM60 sehari. Seorang lagi warga emas yang juga hanya mahu dikenali sebagai Wong, 69, pula berkata, dia memilih membina kehidupan baharu di stesen bas Komtar sejak keluar dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah dua tahun lalu. “Dua anak lelaki sudah ada keluarga dan mereka tidak lagi pentingkan makan minum serta pakaian saya. Lebih baik saya keluar sahaja dari rumah itu. “Isteri sudah mati tiga tahun lalu. Anak-anak sudah berubah dan ikut cakap isteri sejak mula-mula kahwin lagi. Saya bukan orang ada duit, tidak kaya..itu menantu tidak suka,” dakwanya dalam keadaan raut wajah sedih. Tambah Wong lagi, dia gembira dan lebih selesa hidup sebagai gelandangan di situ kerana lokasi berkenaan dikatakan mewah dengan makanan yang diberikan orang awam terutama pada waktu tengah malam dan cuti hari minggu. Sumber: Kosmo |
bakingsoda replied at 16-1-2023 08:08 AM
rumah peninggalan tu sape punya?! patut anak menantu lah keluar tinggal tempat lain, dah mampu nikoh ...
Meiizu replied at 16-1-2023 07:51 AM
Kesilapan pakcik ni ialah kluar dari rumah peninggalan.patut anak menantu tu yg kluar..
Ehh tapi tu ...
wirazam replied at 16-1-2023 03:16 PM
Kena dengar citer dari sebelah pihak lagi...X leh nak buat kptsn dengar sebelah pihak shj kan
wirazam replied at 16-1-2023 03:16 PM
Kena dengar citer dari sebelah pihak lagi...X leh nak buat kptsn dengar sebelah pihak shj kan
ADVERTISEMENT