CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1498|Reply: 13

Bawa Diri Hidup Merempat Dengan Gelandangan Angkara Mulut Menantu

[Copy link]
Post time 15-1-2023 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Kerusi batu di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dirasakan lebih selesa berbanding tilam dan kusyen empuk di rumah oleh Din (bukan nama sebenar) selepas hatinya terguris angkara mulut menantu yang sering memperlekehkannya.


Din, 63, yang membawa diri selepas makan hati dengan perbuatan si anak yang lebih mendengar cakap isteri, kini lebih rela menjadi gelandangan selepas kematian isterinya dan tinggal bersama rakan-rakan lain yang senasib dengannya sejak tiga tahun lalu.




SEBILANGAN bapa tunggal mengambil keputusan menjadi gelandangan di Komtar selepas makan hati dengan anak dan menantu.





Dakwa lelaki itu, tiga anaknya mula mengabaikannya ketika ibu mereka disahkan menghidap penyakit Hepatitis B pada 2019 kerana langsung tidak mahu menjaga apatah lagi membawa wanita itu mendapatkan rawatan di hospital.


“Sikap anak berubah selepas berkahwin. Saya berasa sunyi selepas kematian isteri sedangkan anak-anak hidup senang dan bahagia bersama suami dan isteri masing-masing.


“Saya takkan lupa bagaimana mereka langsung tidak bertanya khabar, jauh sekali untuk membawa dan membeli ubat untuk ibu mereka,” katanya yang berasal dari Meru, Ipoh, Perak.




GELANDANGAN di Komtar lebih selesa hidup bersama rakan senasib dengan mereka.




Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati ramai lelaki yang senasib dengan Din dan terpaksa angkat kaki keluar rumah demi kebahagiaan anak-anak dan rela merempat di lokasi tumpuan awam demi kehidupan baharu.


Mereka kelihatan tidak sedikit pun kesal meninggalkan kediaman sendiri tanpa tempat tinggal yang tetap, malah cuma beratapkan langit serta berlantaikan tanah.


Menurut Din, semua urusan dilakukan sendiri olehnya sehinggalah isterinya meninggal dunia.


“Saya akan ingat selamanya kenangan dan kesusahan yang dialami ketika menjaga isteri. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah pe­ninggalan bersama arwah kerana menantu tidak suka saya tinggal bersama mereka,” katanya.


Ujar Din, dia tidak akan pulang ke pangkuan mereka sekiranya suatu hari nanti anak-anak berubah mahu mengambilnya kerana sudah berkecil hati dan masih dihambat kenangan lalu yang begitu menyeksakan.


Tambahnya, lebih membuatkan dia makan hati apabila menantunya seorang yang garang dan cakap lepas selain memarahi suami jika memberi duit kepadanya kerana bimbang per­belanjaan tidak cukup.


“Saya lebih selesa hidup begini bersama rakan-rakan gelanda­ngan pelbagai bangsa dan negeri. Kini mereka inilah saudara saya yang mengambil berat antara satu sama lain.


“Selain selesa dan berangin, saya tak perlu duit poket. Kadang-kadang ada yang menghulur sumbangan dan boleh dapat RM100 sebulan,” katanya.


Tambah Din, ada juga yang memintanya menggantikan orang sebagai pengawal keselamatan dan dibayar RM60 sehari.




SEBAHAGIAN gelandangan Komtar beratur untuk mendapatkan makanan yang dihantar oleh pertubuhan bukan kerajaan.




Seorang lagi warga emas yang juga hanya mahu dikenali sebagai Wong, 69, pula berkata, dia memilih membina kehidupan baharu di stesen bas Komtar sejak keluar dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah dua tahun lalu.


“Dua anak lelaki sudah ada keluarga dan mereka tidak lagi pentingkan makan minum serta pakaian saya. Lebih baik saya keluar sahaja dari rumah itu.


“Isteri sudah mati tiga tahun lalu. Anak-anak sudah berubah dan ikut cakap isteri sejak mula-mula kahwin lagi. Saya bukan orang ada duit, tidak kaya..itu menantu tidak suka,” dakwanya dalam keadaan raut wajah sedih.


Tambah Wong lagi, dia gembira dan lebih selesa hidup sebagai gelandangan di situ kerana lokasi berkenaan dikatakan mewah dengan makanan yang diberikan orang awam terutama pada waktu tengah malam dan cuti hari minggu.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segsla urusan dan semoga menantu hantu cepat insaf. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Klau tahu tk kenang budi mcmni patut dibiar kebulur jer waktu kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg 20 tahun lg byk lah kisah begini lah. Kumpullah byk duit dan enroll diri memasing kt pusat penjagaan orang tua. Ada anak pun kehidupan di hari tua blm tentu terjamin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan pakcik ni ialah kluar dari rumah peninggalan.patut anak menantu tu yg kluar..
Ehh tapi tu rumah sape sbenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
rumah peninggalan tu sape punya?! patut anak menantu lah keluar tinggal tempat lain, dah mampu nikoh sila la mampu sewa tempat lain jugak! ni sampai beranak pinak dlm rumah makpak, kalau bujang tu takpe la. tak pasal2 adik beradik yg bujang kena bertudung dlm rumah sendiri sbb ada abang ipar tinggal skali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2023 11:11 AM | Show all posts
Menantu hantu mesti boyak mcm benon belon
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan pun kena la main peranan utk uruskan gelandangan ni. Perbanyakan rmh transit, bg mereka kerja Dan semangat utk terus maju ke hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 16-1-2023 08:08 AM
rumah peninggalan tu sape punya?! patut anak menantu lah keluar tinggal tempat lain, dah mampu nikoh ...

Tak faham jenis lelaki apa yg tak malu menumpang rumah mertua..
Yang isterinya pun sama juga, tak malu ke dgn adik beradik sendiri..
Lagi tak faham mak bapak yang lelaki tu tak malu ke anak dia menumpang suami isteri dgn anak lagi kat rumah mertua....

Donia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:46 PM | Show all posts
Meiizu replied at 16-1-2023 07:51 AM
Kesilapan pakcik ni ialah kluar dari rumah peninggalan.patut anak menantu tu yg kluar..
Ehh tapi tu  ...

aku baru nak komen macam ni,
kalau rumah tu masih nama pakcik, baik pakcik jual rumah tu.
biar anak dan menantu pakcik tu pulak jadi gelandangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena dengar citer dari sebelah pihak lagi...X leh nak buat kptsn dengar sebelah pihak shj kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:34 PM | Show all posts
wirazam replied at 16-1-2023 03:16 PM
Kena dengar citer dari sebelah pihak lagi...X leh nak buat kptsn dengar sebelah pihak shj kan

Setuju.

Jangan under estimate gelandangan pun cerdik bila bercerita.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:42 PM | Show all posts
wirazam replied at 16-1-2023 03:16 PM
Kena dengar citer dari sebelah pihak lagi...X leh nak buat kptsn dengar sebelah pihak shj kan

dulu masa muda, pernah gak follow kes macam ni. kesian kat orang tua tu punye pasal, kita pun marah la kat anak-anak diorangrupanya nahh. kat rumah dilayan bak raja. makan minum pakai dijaga. makan sedap pulak tu hari2. selain nasi dan lauk-pauk, nak kuih-muih, kuey-tiow, KFC, McD, rojak, apam balik, order ajaaa.. anak cucu belikan. letak depan atoknya, makan depan tv
dah kenyang, orang tua tu start motor, lepak tepi jalan. bila orang tanya, pakcik duduk mana. laju je air mata jatuh, "Anak-anak aku dah buang aku. Biar ler aku mati tepi jalan kat sini. Makan minum pakai semua diorang buat tak tau."
elok nak maghrib, cucu tunggu atok, ikut balik. risau jatuh motor ke ape.
anak bini cucu tak boleh buat apa. nasihat banyak kali pun buat benda sama. jiran2 dah kenal perangai

latest aku handle orang tua stroke, umo 80 tahun. hari2 cerita kena dera anak dia, diabaikan la, kena kurung dalam tandas la
bila aku follow up. dramaaa. sama jugak. anak cucu gilir2 amik cuti jaga dia, makan sedap hari2.
tapi cerita kat orang, dia la terpaling mangsa

ada satu kes tu. nenek, gaduh dengan menantu jugak. dia kata, menantu dia marah kalau anak dia bagi duit kat dia (mak) tiap bulan.
dia kecik hati. rupa-rupanya, mak dia mintak lebih RM1k tiap bulan. anak dia tu gaji berapa ja. bukan eksekutif, pangkat tinggi pun. keja biasa ja. mak dia mintak lagu tu, dah anak bini orang tu nak makan apa? be reasonable la kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 16-1-2023 07:51 AM
Kesilapan pakcik ni ialah kluar dari rumah peninggalan.patut anak menantu tu yg kluar..
Ehh tapi tu  ...

Kannn.....

Ramai org tua kuar rumah sbb menantu x suka pdhal tu rumah dia.....
Hambat menantu tu kuar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059247 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list