CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Setiap Hari Pergi Gim, Nak Kelihatan Menarik Dan Miliki Bentuk Badan Cantik

14-1-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2999| Komen: 24

Mahu mengembalikan semula stamina tubuh, penyanyi Khai Bahar memulakan rutin senaman di gimnasium dan mengamalkan pemakanan sihat.

Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia kembali menjalani gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan selepas mula merasai kesan pasca jangkitan Covid-19.


Foto: IG

"Saya sebenarnya nak pulihkan stamina sahaja, itu sebab selalu pergi gim. Bila dah kena Covid-19 rasa nak nyanyi dah lain semput dan tak selesa.

"Jadi saya nak stamina macam dulu untuk persembahan," katanya kepada mStar.

Tambah Khai, sebagai penghibur dia juga mahu kelihatan menarik dan memiliki bentuk badan yang cantik.



"Kita nak hiburkan orang kena bagi elok. Bila kita buat persembahan orang nampak wow. Kita cuba perbaiki sikit-sikit.

"Setiap hari saya akan luangkan masa selama dua jam untuk gim dan saya selitkan masa senaman yang disarankan jurulatih perbadi saya.

"Saya cakap dekat dia saya nak stamina saya balik sebab sebelum ini saya kena Covid-19," katanya lagi.



Dia turut memaklumkan segala usahanya tidak sia-sia apabila staminanya di atas pentas kembali seperti dahulu dan badannya juga kelihatan lebih menarik.

"Alhamdulillah dah tak macam dulu, ada perubahan. Pemakanan pun saya jaga cuma kadang-kadang cheat day juga. Tapi saya memang seorang yang jaga makan juga," ujarnya.




Bercakap mengenai perancangan tahun ini, Khai memberitahu dia bakal muncul dengan lagu baharu bersama penyanyi Adira Suhaimi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 15-1-2023 08:10 AM
Same sex marriage tak legal lg dik kat malaysia bercakap pasal perkahwinan pun tak guna. Contohilah super seniors yg tak kawin, yg bercerai lepas kawin pun tetapla jaga bini.

dulu2 tu logikla diorang tak tahu boleh je tak kawin, ttplah nak memondan atas pelamin. Zamam skrg ni dah moden, kalau tak bernafsu tak mampu nak membahagiakan pasangan jangan kawin duduk la sorang2 bela anak hikan ke mak hikan ke
Quote Kancilkering 15-1-2023 10:15 AM
hensem dia nih …..
Quote noor2 15-1-2023 10:21 AM
Exercise mmg badan jadi cantik....aku x nafikan...
Sb aku sendiri tak pernah miss exercise @ workout setiap hari ...lemak bonjol2 mmg x de...
Quote sleepandream 15-1-2023 11:37 AM
betul la tu utk stamina...
ce tgk azwana alia dolu kurus keding jah now dah mcm beruang leher pun hilang
Quote rayna_raynes 15-1-2023 03:00 PM
Tapi skrg memang dia nampak lebih helok.
Style wise pun makin bergaya. Belumlah dapper level Anuar Zain tapi tak kepam mcm Naim Daniel
Quote belacan_gurl 15-1-2023 03:31 PM
Vibe adik2 sgt ar mamat nih tp gigi dia cantik...putih bersih....kikiki
Quote rosedemon 16-1-2023 08:05 AM
tetap tselrlah hadek2
Quote DragonSari 16-1-2023 08:09 AM
Hensem.. kalah hael hussaini
Quote aciksenah 16-1-2023 09:43 AM
belacan_gurl replied at 15-1-2023 03:31 PM
Vibe adik2 sgt ar mamat nih tp gigi dia cantik...putih bersih....kikiki

veneer la you...
Quote woven11 16-1-2023 09:56 AM
belacan_gurl replied at 15-1-2023 03:31 PM
Vibe adik2 sgt ar mamat nih tp gigi dia cantik...putih bersih....kikiki

Bukan gigi betul kanzz
Quote woven11 16-1-2023 10:00 AM
Die ni caption acah nak kahwin sangat... menggeletis.. pandai warne rambut mekap muke dah dek khairina ni.. dlm mv baru tu heols dah x tak jage batas yach.. tapi gigih peminat heshe tunjuk solat blkg stage good luck dik khai
Quote belacan_gurl 16-1-2023 01:29 PM
aciksenah replied at 16-1-2023 09:43 AM
veneer la you...

Aaaaaaa tipah tertipu
Quote belacan_gurl 16-1-2023 01:29 PM
woven11 replied at 16-1-2023 09:56 AM
Bukan gigi betul kanzz

Cesssss tetipu daku
Quote woven11 16-1-2023 01:43 PM
belacan_gurl replied at 16-1-2023 01:29 PM
Cesssss tetipu daku

Porcelain veeners chuols… awal2 kemunculan heols gigi heshe kan problem.. jenis gigi reput…. Ramai artis buat
Quote iraizz 16-1-2023 02:11 PM
noor2 replied at 15-1-2023 10:21 AM
Exercise mmg badan jadi cantik....aku x nafikan...
Sb aku sendiri tak pernah miss exercise @ workout ...

Berapa umur noor sekarang ni, mesti selalu kena ngorat kalau jln sorang2, anak2 dara pum berlipat-lipat perut, belakang badan
Quote aciksenah 16-1-2023 02:57 PM

Ya...rasanya kikis gigi asal bagi kecik..dan slotkan veneer masuk. Dulu gigi khai rasanya teruk. Sekarang baru la terserlah senyman bling2. Tapi ok la veneer gred yang cantik. Ada yang pakai nampak putih pelik..

Quote woven11 16-1-2023 04:00 PM
aciksenah replied at 16-1-2023 02:57 PM
Ya...rasanya kikis gigi asal bagi kecik..dan slotkan veneer masuk. Dulu gigi khai rasanya teruk. S ...

Konsep veneer ni boleh tahan sampai ke tua ke chuols?? Slalu yg aku perhatikan org buat veneer untuk close gap gigi jarang which minor je mcm hairul azreen buat.. kes khai veneer untuk semua gigi atas kowt.. heshe ade problem gigi teruk dulu.. tak tertanggal ke
Quote wirazam 16-1-2023 04:06 PM
woven11 replied at 16-1-2023 09:56 AM
Bukan gigi betul kanzz

Serious larrr...
Kat mana dia buat..nampak natural je
Quote dolladolla 16-1-2023 04:16 PM
Antara artis yg ssh ada kontroversi..
Kalau pandai bwa dri dlm dunia yg lagha ni lama bertahan dlm industri....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.319749 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top