CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Letakkan Mak Ayah Dalam Kesukaran," -Pesan Nora Danish Kepasa Syamsul Yusof?

14-1-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2247| Komen: 9

Enggan mengaitkan mana-mana isu, pelakon Nora Danish mengingatkan individu yang bergelar anak supaya tidak meletakkan ibu bapa dalam situasi sulit.

Katanya, sebagai anak, seseorang itu harus bijak membuat pertimbangan dalam memilih antara perkara baik atau sebaliknya.


“Sebagai anak kita patut tahu menilai mana yang baik dan buruk. Jangan letakkan mak ayah dalam kesukaran,” katanya menerusi perkongsian Insta Story.

Foto: IG

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan tiada emak dan ayah di dunia ini yang menginginkan anak mereka terbabit dalam sebarang perkara buruk.

Kata Nora lagi, mereka juga menyayangi permata hati sehingga sanggup bergadai nyawa bagi memastikan keselamatan dan kebahagiaan darah daging.

“Tiada mana-mana bapa yang menginginkan anaknya melakukan keburukan, begitu juga dengan seorang ibu.

“Jikalau boleh buat pilihan atau mampu nampak apa yang akan terjadi pada masa hadapan, jangan kata nak dapat anak, mahu berkahwin pun tidak.


“Kita semua sedia tahu, sayangnya ibu bapa sehingga kalau boleh sanggup digantikan nyawanya, asalkan anak hidup lama dan bahagia,” luahnya.



Begitupun dalam perkongsian tersebut, pelakon siri Puteri itu seolah-olah memberi bayangan luahannya merujuk kepada kontroversi dalam dunia hiburan tempatan ketika ini.

Tidak memetik nama sesiapa, namun Nora memohon orang ramai memberikan ruang kepada pihak terbabit menyelesaikan masalah dalaman keluarga tanpa campur tangan luar.



“Saya rasa kita wajar berikan mereka ruang. Jauh lagi perjalanan kita semua. Nauzubillah min zalik.

“Semoga Allah menjaga hati, mulut, mata dan perasaan kita agar sentiasa melihat, mendengar serta mendoakan yang baik-baik,” katanya.



Malah pada masa sama, Nora juga menganggap ujian yang ditimpa seseorang itu adalah disebabkan mereka hebat selain mampu untuk menghadapinya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 13-1-2023 05:50 PM
Sejak dua menjak ni
Statement Nowa makin matang
Macik suka Nowa yang sekarang nih

Berfikiran jauh
Quote misszaitun 13-1-2023 06:54 PM
she replied at 13-1-2023 05:50 PM
Sejak dua menjak ni
Statement Nowa makin matang
Macik suka Nowa yang sekarang nih

Tapi acik  tetap tak berkenan dia main tiktok joget2
Quote she 13-1-2023 07:34 PM
misszaitun replied at 13-1-2023 06:54 PM
Tapi acik  tetap tak berkenan dia main tiktok joget2

Itu wajibbbb
Bab bajet muda ni memang dari dulu macik kecam
Quote hzln 13-1-2023 07:58 PM
Kamu tgh nasehatkan laki kamu yg skrg ni ke nowa? #tanyajer
Quote CARI-MRO 14-1-2023 11:17 AM
Enggan mengaitkan mana-mana isu, pelakon Nora Danish mengingatkan individu yang bergelar anak supaya tidak meletakkan ibu bapa dalam situasi sulit.


Katanya, sebagai anak, seseorang itu harus bijak membuat pertimbangan dalam memilih antara perkara baik atau sebaliknya.


“Sebagai anak kita patut tahu menilai mana yang baik dan buruk. Jangan letakkan mak ayah dalam kesukaran,” katanya menerusi perkongsian Insta Story.


Foto: IG




Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan tiada emak dan ayah di dunia ini yang menginginkan anak mereka terbabit dalam sebarang perkara buruk.


Kata Nora lagi, mereka juga menyayangi permata hati sehingga sanggup bergadai nyawa bagi memastikan keselamatan dan kebahagiaan darah daging.


“Tiada mana-mana bapa yang menginginkan anaknya melakukan keburukan, begitu juga dengan seorang ibu.


“Jikalau boleh buat pilihan atau mampu nampak apa yang akan terjadi pada masa hadapan, jangan kata nak dapat anak, mahu berkahwin pun tidak.


“Kita semua sedia tahu, sayangnya ibu bapa sehingga kalau boleh sanggup digantikan nyawanya, asalkan anak hidup lama dan bahagia,” luahnya.




[ig]https://www.instagram.com/p/Cm6MxRhrVGF/?hl=en[/ig]



Begitupun dalam perkongsian tersebut, pelakon siri Puteri itu seolah-olah memberi bayangan luahannya merujuk kepada kontroversi dalam dunia hiburan tempatan ketika ini.


Tidak memetik nama sesiapa, namun Nora memohon orang ramai memberikan ruang kepada pihak terbabit menyelesaikan masalah dalaman keluarga tanpa campur tangan luar.




[ig]https://www.instagram.com/p/Cm_WTGJy6u2/?hl=en[/ig]



“Saya rasa kita wajar berikan mereka ruang. Jauh lagi perjalanan kita semua. Nauzubillah min zalik.


“Semoga Allah menjaga hati, mulut, mata dan perasaan kita agar sentiasa melihat, mendengar serta mendoakan yang baik-baik,” katanya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CmZYLmZOVOq/?hl=en[/ig]



Malah pada masa sama, Nora juga menganggap ujian yang ditimpa seseorang itu adalah disebabkan mereka hebat selain mampu untuk menghadapinya. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote Sazreena 14-1-2023 10:12 PM
Dia gengster Noraaa...sebab tu semua dia langgar. Tapi tu la level dia siam je.
Quote rosedemon 16-1-2023 08:04 AM
ko diamlah nora sebok je
Quote marchikobonzo 16-1-2023 10:04 AM
Dia faham apa yg ps & mak sol rasa
Quote telracs 16-1-2023 10:14 AM
Pengalaman adalah guru yang mendewasakan pemikiran kita.

Ambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman, sama ada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.

Yang mana baik, jadikan teladan, yang tak baik dijadikan sempadan.

Tapi, ada je yang tak kisah langsung pun...

Yang tak serik² pun ada... terus²an buat masalah...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049468 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top