KABUL – Pemerintah Taliban melarang wanita bekerja di pusat beli-belah atau pergi berjumpa doktor lelaki untuk mendapat rawatan, manakala semua salun kecantikan diarah tutup dalam masa 10 hari akan datang, lapor portal berita Wion News yang memetik laporan APA kelmarin.
Shabnam Nasimi yang merupakan bekas penasihat dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian pada Selasa lalu mengecam arahan terbaru Taliban ke atas wanita Afghanistan menerusi laman Twitter. “Pemerintah Taliban dilaporkan telah mengarahkan semua salun kecantikan wanita di beberapa wilayah di Afghanistan untuk menutup perniagaan mereka. “Mereka (Taliban) juga menghantar surat kepada tuan tanah dan memberitahu untuk tidak memberikan sewa kepada wanita. Sekali lagi sifat memalukan mengenai Taliban terhadap wanita berterusan,” ciap Nasimi. Wanita juga dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti olahraga selepas Taliban melawat beberapa gadis yang sedang bersukan dan menggesa mereka untuk tidak melakukan aktiviti itu.
Menurut laporan media, banyak wilayah yang dikuasai Taliban di negara itu turut melarang wanita menemui doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan perubatan. Sejak Taliban berkuasa di Afghanistan lebih setahun lalu, kehidupan dan ekonomi di negara Asia Selatan tersebut nampaknya semakin terjejas. Kehidupan gadis serta wanita dewasa juga telah mengalami kemerosotan bermula daripada pelaksanaan pelbagai sekatan ke atas mereka. Antara sekatan itu ialah Taliban melarang pelajar perempuan daripada pergi ke sekolah dan kolej, tidak keluar rumah tanpa mahram lelaki serta melarang mereka bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 14-1-2023 03:47 AM
Hahahaha...
Nk sekolah xvoleh.
Nk kirija xvoley.
she replied at 14-1-2023 11:37 AM
Teringat macik kat Syria dulu
Sakit perot g spital
Pastu dokter laki ensem
dua_chzy replied at 14-1-2023 12:04 PM
Taliban @ Afghan memang suka jubo. Cer google bacha bazi. Halal jah bagi mereka.
Decaffeinated replied at 14-1-2023 12:09 PM
tak payah nak cerca Taliban sangatlah
ummah liberal barat tengok acik2 tanah air pun sama ja level ...
dua_chzy replied at 14-1-2023 12:04 PM
Taliban @ Afghan memang suka jubo. Cer google bacha bazi. Halal jah bagi mereka.
Decaffeinated replied at 14-1-2023 12:10 PM
nasib baik macik selak baju ja kalau selak kain silap2 koma doktor tu
she replied at 14-1-2023 03:37 AM
Teringat macik kat Syria dulu
Sakit perot g spital
Pastu dokter laki ensem
_blackbird replied at 14-1-2023 01:35 PM
bistu mcm mana makcik diorg check perut? mcm jaman2 dulu ke? beralas. ahhgituhhhh
krustykrab replied at 14-1-2023 12:47 PM
Diorg cakap apa?
Share ls sini, nk tau jgk pandangan diorg
she replied at 14-1-2023 05:48 AM
Masa time macik check tu
Dia kata takpe boleh tutup balik
So beralaskan baju
ADVERTISEMENT