View: 1387|Reply: 24
|
Taliban Larang Wanita Bekerja Di Pusat Beli Belah, Tak Boleh Terima Rawatan Daripada Doktor Lelaki
[Copy link]
|
|
KABUL – Pemerintah Taliban melarang wanita bekerja di pusat beli-belah atau pergi berjumpa doktor lelaki untuk mendapat rawatan, manakala semua salun kecantikan diarah tutup dalam masa 10 hari akan datang, lapor portal berita Wion News yang memetik laporan APA kelmarin.
Shabnam Nasimi yang merupakan bekas penasihat dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian pada Selasa lalu mengecam arahan terbaru Taliban ke atas wanita Afghanistan menerusi laman Twitter.
 Foto: AFP
“Pemerintah Taliban dilaporkan telah mengarahkan semua salun kecantikan wanita di beberapa wilayah di Afghanistan untuk menutup perniagaan mereka.
“Mereka (Taliban) juga menghantar surat kepada tuan tanah dan memberitahu untuk tidak memberikan sewa kepada wanita. Sekali lagi sifat memalukan mengenai Taliban terhadap wanita berterusan,” ciap Nasimi.
Wanita juga dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti olahraga selepas Taliban melawat beberapa gadis yang sedang bersukan dan menggesa mereka untuk tidak melakukan aktiviti itu.
Menurut laporan media, banyak wilayah yang dikuasai Taliban di negara itu turut melarang wanita menemui doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Sejak Taliban berkuasa di Afghanistan lebih setahun lalu, kehidupan dan ekonomi di negara Asia Selatan tersebut nampaknya semakin terjejas.
Kehidupan gadis serta wanita dewasa juga telah mengalami kemerosotan bermula daripada pelaksanaan pelbagai sekatan ke atas mereka.
Antara sekatan itu ialah Taliban melarang pelajar perempuan daripada pergi ke sekolah dan kolej, tidak keluar rumah tanpa mahram lelaki serta melarang mereka bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu ko nk suruh pompuan jd pemintak sedekah ke toliban oiiii...dh tahun 2023 masih tak cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Blh htr setajah pipah dan laki duduk sini...seiring & sejalan nmpknya mrk & toliban |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira perempuan layak mati jela klu dh duduk taliban ni kan. Nak kerja tak boleh nak jmp doktor klu sakit pn tak boleh. Yelah dh tak bg nk sekolah nk kerja kan mana nak dtg doktor perempuan. Perempuan2 kat taliban takyah la beranak eh. Biar stop cycle human reproduction ni kat sana, senang takda girls yg hidup terseksa n takda boys yg meneruskan legacy menindas mcm ni. Bodoh! |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat macik kat Syria dulu
Sakit perot g spital
Pastu dokter laki ensem
Dia nak check perot
Macik selak ler baju sebab kat Malaysia memang dah terbiasa dokter check gitu kan
Pastu dia terkejut
Dia tanya macik dah kawen ke?
Macik pulak lawan terkejut
Dah dedua terkejut
Jadi tergelak
Rupanya depa tak check macam kat Malaysia
Macik konpius gak acaner depa scan perot
|
|
|
|
|
|
|
|
muhaya bolehla pindah sana..pempuan duduk rumah jadi bodo2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pompuan sekolah pun x boleh camna nak wujud dr pompuan. Kesiannya jadi pompuan kat sana, baik mati je lah tak pun lari negara lain |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 14-1-2023 03:47 AM
Hahahaha...
Nk sekolah xvoleh.
Nk kirija xvoley.
Taliban @ Afghan memang suka jubo. Cer google bacha bazi. Halal jah bagi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah nak cerca Taliban sangatlah
ummah liberal barat tengok acik2 tanah air pun sama ja level kesiannya cuma tak cakap ja
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik macik selak baju ja kalau selak kain silap2 koma doktor tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-1-2023 12:09 PM
tak payah nak cerca Taliban sangatlah
ummah liberal barat tengok acik2 tanah air pun sama ja level ...
Diorg cakap apa?
Share ls sini, nk tau jgk pandangan diorg |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2023 12:04 PM
Taliban @ Afghan memang suka jubo. Cer google bacha bazi. Halal jah bagi mereka.
Tak percayalah.. diorg kn toliban tegakkn isele... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-1-2023 12:10 PM
nasib baik macik selak baju ja kalau selak kain silap2 koma doktor tu
Muahahahahaha
Komer saje je kan nak suruh macik masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
|
simple logik pun taliban tak boleh fikir .. mcm mn nak ada doc prempuaan bila sekolah menengah pun tak boleh... sekarnag ni mungkin masih ada tetapi 10,20 tahun akan datang semua doc lelaki jer tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
bistu mcm mana makcik diorg check perut? mcm jaman2 dulu ke? beralas. ahhgituhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 14-1-2023 01:35 PM
bistu mcm mana makcik diorg check perut? mcm jaman2 dulu ke? beralas. ahhgituhhhh
Masa time macik check tu
Dia kata takpe boleh tutup balik
So beralaskan baju
Sbb macik ada jangkitan kuman dalam usus time tu
Sebab suka sangat makan yogurt susu depa
Macik sebenarnya dah tergelak
Yelah beria macik ekau ni nak menayang six pack
Lupa duduk negara arab |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 14-1-2023 12:47 PM
Diorg cakap apa?
Share ls sini, nk tau jgk pandangan diorg
Iols penah baca komen2 org barat kat reel influencer malaysia masa dia kawen.
Dorang puji2 pengantin lawa tp dorang kata kesian sbb mcm kena cover rambut sbb arahan org lelaki.
Bg dorang perempuan isle ni tak bebas terikat dgn lelaki terutama suami.
Takleh nak tonjolkan kecantikkan, bertutup litup setiap masa. |
|
|
|
|
|
|
|
ahahaha. mmg tapi mmg kelakor la macik. ermm mesti jadi buah mulut bertahun2 kat hospital inciden macik ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|