CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Berjauhan Masa Shooting, Alif Satar Bawa Anak Isteri Duduk Di Langkawi Sebulan

14-1-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2815| Komen: 20

Tidak mahu berjauhan dengan keluarga, pelakon Alif Satar mengambil keputusan membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan penggambaran filem Pulau.

Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, selepas dimaklumkan penggambaran filem itu diadakan di pulau peranginan berkenaan, dia terus membuat keputusan membawa keluarga untuk menemaninya.


Foto: IG

"Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job.

"Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan. Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran," katanya kepada mStar.



Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Selain Alif, filem Pulau itu turut menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su dan Ms Puiyi dan bakal ditayangkan dipawagam pada 9 Mac nanti.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia dan The Locos diberi kepercayaan oleh pengarah untuk menyanyikan runut bunyi bagi filem berkenaan.



"Pengarah cakap kita perlu kan lagu sendiri untuk filem Pulau. Jadi dia minta Alif dan The Locos untuk menyanyikannya.

"Lagu itu hasil kerjasama dengan Universal Music Malaysia dan lirik bukan kami yang tulis," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Dia Semanis Honey itu memberitahu dia kini sibuk membuat persiapan untuk pentas akhir Anugerah Juara Lagu 37.



Kata Alif, dia sedikit gementar kerana penampilannya kali ini bukan sebagai seorang pengacara tetapi finalis bersama kumpulan The Locos.

"Sekarang rasanya baru 50 peratus persiapan yang siap. Tekanan ada sebab kami nak berikan yang terbaik buat peminat dan ini adalah kali pertama Alif berada di atas pentas sebagai sebuah kumpulan.

"Kami ada hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong Alif dengan karya dan perniaagaannya lagi. Jadi saya nak bagi yang terbaik buat semua peminat," katanya.



Alif and The Locos tersenarai antara 12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 dengan lagu Anugerah Terindah yang akan berlangsung pada 12 Februari ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 14-1-2023 10:40 AM
[youtube]pQ_mbrY11So[/youtube]

Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngiang lagu Sesungguhnya yang Aliff duet dengan Raihan.
Quote pocongkiutss 14-1-2023 10:42 AM
Terbaik la dia ni..idok ler sebulan kt Langkawi pastu skandal dtg melawat set shooting setiap hari
Quote olezzeli17 14-1-2023 11:08 AM
Bagus la Alep. Pelakon2 perempuan pun byk yg seksi2 berlakon dgn ko. Bawa anak bini nampak la ko tak mau fokus ko terganggu. Lepas pulak filem macam ni kat Malaysia ek?
Quote lightheaded67 14-1-2023 11:13 AM
codenamedream replied at 14-1-2023 10:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...

uiii terlajak intenesenel.. nsib baik bukan ayep yg swimming pkai bikini.. tgk scene brenang bikini tu tringat pulak mubi jerung anak jamie foxx blakon tu ape ke nama mubi nya lupa dah
Quote Hoshhi 14-1-2023 11:18 AM
codenamedream replied at 14-1-2023 10:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...

Malaysia pun nak ikut jejak langkah Indon. Slow slow ikut macam Indon. Tunggu nanti macam mana reaction netizen
Quote nini_azmi 14-1-2023 11:19 AM
Sol!!!!!!!! Contohi alif please
Quote dua_chzy 14-1-2023 11:25 AM
codenamedream replied at 14-1-2023 02:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...

Sapa ex adult movie actress dalam filem ni?

Nampak macam ok juga trailernya. Harap keluar kat Netflix. Aku ok je dengan sex scenes ni. Irl marhaen punya perangai bila melibatkan seks lagi teruk dari filem ni.
Quote miss_strangers 14-1-2023 11:31 AM
Ok la busy kerja pon bawak anak bini berdamping... Xdela setan nak hasut suruh curang
Quote codenamedream 14-1-2023 11:35 AM
dua_chzy replied at 14-1-2023 11:25 AM
Sapa ex adult movie actress dalam filem ni?

Nampak macam ok juga trailernya. Harap keluar kat Net ...

Pui Yi. Jadi awek Mark Odea youtuber.
Quote Suchi 14-1-2023 12:44 PM
codenamedream replied at 14-1-2023 10:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...

Patutla puiyi tu ada berlakon cite nih namron pun ada kan.
Past poster sebijik mcm poster fantasy island tu
Quote pocongkiutss 14-1-2023 12:46 PM
Pandai ke si Puiyi tu berlakon
Quote miracle_forever 14-1-2023 01:02 PM
codenamedream replied at 14-1-2023 10:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...


mesti wife dia yg insist nak ikut. insecure weh alep berlakon dgn amelia & ms puiyi tu
Quote Hoola 14-1-2023 01:28 PM
Film nmpk bagus..very style2 skrg
Tp pkaian actress...urban gila..walau nonmuslim..but film msia kan.. unblvble
Quote ilacantik 14-1-2023 01:52 PM
Hoshhi replied at 14-1-2023 11:18 AM
Malaysia pun nak ikut jejak langkah Indon. Slow slow ikut macam Indon. Tunggu nanti macam mana rea ...

Tazzabar nak tengok scene zul ariffin cemolot. Kalau reza rahadian boleh, mengapa tidak zul ariffin.
Quote rosedemon 16-1-2023 08:02 AM
aceh terpaling setia dan terpaling syg keluarga lah ni. acehhh
Quote dekmieDandy 16-1-2023 11:01 AM
seksi kan teaser cerita pulau tu

Quote Kancilkering 16-1-2023 11:03 AM
Hoola replied at 14-1-2023 01:28 PM
Film nmpk bagus..very style2 skrg
Tp pkaian actress...urban gila..walau nonmuslim..but film msia kan ...

amelia tu muslim muaalaf pe….adik dia je tidak
Quote syamzana 16-1-2023 11:08 AM
mcm pernah tgk cite sebegini, cite indon ke matsaleh lupa.
sakan msia skrg, bikini sajork. kalau best blh la tgk di tv je la
Quote Kancilkering 16-1-2023 11:14 AM
tgk le mendua kat disney tu….minum , cium,  fore play bagai…padahal bila mami nye meninggal di kuburan org Islam….tertengok kt ig…

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052508 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top