Tidak mahu berjauhan dengan keluarga, pelakon Alif Satar mengambil keputusan membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan penggambaran filem Pulau.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, selepas dimaklumkan penggambaran filem itu diadakan di pulau peranginan berkenaan, dia terus membuat keputusan membawa keluarga untuk menemaninya.
Foto: IG
"Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job.
"Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan. Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran," katanya kepada mStar.
Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Selain Alif, filem Pulau itu turut menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su dan Ms Puiyi dan bakal ditayangkan dipawagam pada 9 Mac nanti.
Dalam pada itu, Alif berkata, dia dan The Locos diberi kepercayaan oleh pengarah untuk menyanyikan runut bunyi bagi filem berkenaan.
"engarah cakap kita perlu kan lagu sendiri untuk filem Pulau. Jadi dia minta Alif dan The Locos untuk menyanyikannya.
"Lagu itu hasil kerjasama dengan Universal Music Malaysia dan lirik bukan kami yang tulis," katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Dia Semanis Honey itu memberitahu dia kini sibuk membuat persiapan untuk pentas akhir Anugerah Juara Lagu 37.
Kata Alif, dia sedikit gementar kerana penampilannya kali ini bukan sebagai seorang pengacara tetapi finalis bersama kumpulan The Locos.
"Sekarang rasanya baru 50 peratus persiapan yang siap. Tekanan ada sebab kami nak berikan yang terbaik buat peminat dan ini adalah kali pertama Alif berada di atas pentas sebagai sebuah kumpulan.
"Kami ada hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong Alif dengan karya dan perniaagaannya lagi. Jadi saya nak bagi yang terbaik buat semua peminat," katanya.
Alif and The Locos tersenarai antara 12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 dengan lagu Anugerah Terindah yang akan berlangsung pada 12 Februari ini. -CARI
Post time 14-1-2023 11:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagus la Alep. Pelakon2 perempuan pun byk yg seksi2 berlakon dgn ko. Bawa anak bini nampak la ko tak mau fokus ko terganggu. Lepas pulak filem macam ni kat Malaysia ek?
Post time 14-1-2023 11:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
codenamedream replied at 14-1-2023 10:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...
uiii terlajak intenesenel.. nsib baik bukan ayep yg swimming pkai bikini.. tgk scene brenang bikini tu tringat pulak mubi jerung anak jamie foxx blakon tu ape ke nama mubi nya lupa dah
Post time 14-1-2023 11:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
codenamedream replied at 14-1-2023 02:40 AM
Dh mcm movie seram Indon dia punya sx scenes.
Dgn ada ex adult movie punya actress.
Pastu terngi ...
Sapa ex adult movie actress dalam filem ni?
Nampak macam ok juga trailernya. Harap keluar kat Netflix. Aku ok je dengan sex scenes ni. Irl marhaen punya perangai bila melibatkan seks lagi teruk dari filem ni.