Penyanyi Masya Masyitah nampaknya sedang menikmati percutian di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Peminat bukan sahaja dapat melihat permandangan yang cantik di Tokyo tetapi fesyen pakaian yang dikenakan Masya juga menarik perhatian.
Terbaharu, penyanyi berusia 22 tahun itu mengenakan fesyen ala-ala anime dengan memakai skirt digayakan bersama legging berwarna putih. Juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua itu memuat naik beberapa keping gambar dirinya ‘berposing’ dengan latar belakang pemandangan di sekitar bandar Tokyo. Seperti biasa, terdapat netizen yang menegur cara pemakaiannya dan tidak kurang juga mengecam gaya fesyen Masya yang agak keterlaluan. Namun, peminatnya lain mempertahankan pemakaian Masya yang dianggap masih menutup aurat. Tak kurang juga merasakan fesyen yang dipakai Masya begitu versatil seiring dengan usianya yang masih muda. Salah seorang peminatnya menegur para netizen berlagak ‘alim’ supaya berhati-hati dalam menegur orang lain. Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, Masya tidak kelihatan membalas komen berbentuk teguran dari peminatnya. Sumber: Murai
|
slyfynx replied at 13-1-2023 08:54 PM
Ntah la.
Aku x arif sgt.
Tp pada aku kalau pagai legging or suar ketat nk mampos sampai nampk terjoj ...
slyfynx replied at 13-1-2023 08:54 PM
Ntah la.
Aku x arif sgt.
Tp pada aku kalau pakai legging or suar ketat nk mampos sampai nampk terjoj ...
ADVERTISEMENT