CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demam Babi Afrika Dah Diisytihar Sebagai 'Bencana' Di Pulau Pinang

13-1-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2024| Komen: 31

Pulau Pinang mengisytiharkan wabak demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) sebagai 'bencana' selepas terdapat kes dilaporkan di lima lagi ladang babi komersial di dua daerah negeri itu.

Ini menjadikan keseluruhan tujuh ladang babi komersial telah dijangkiti dengan kes ASF, melibatkan 25,000 babi, setakat ini.

Lima daripada ladang yang terjejas adalah di daerah Seberang Prai Selatan, manakala dua lagi ladang di daerah Seberang Prai Tengah.


Borneo Post Online

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata 929 babi dari ladang yang pertama kali melaporkan kes ASF telah dimusnahkan dan bangkainya ditanam di tapak ladang.

"Semua 25,000 ekor babi dari tujuh ladang yang terjejas akan dimusnahkan secara berperingkat bagi mengelak penularan ASF.

"Pemusnahan mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk diselesaikan.


"Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memantau keadaan dalam radius 5 kilometer dari ladang terjejas bagi mengelak penularan ASF," katanya pada Jumaat (13 Jan).

Chow turut menggesa semua pengusaha ladang babi supaya melaporkan kematian haiwan ternakan mereka untuk ujian dijalankan.

Beliau berkata wabak ASF disahkan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang dijalankan antara 4 dan 12 Januari ke atas sampel babi dari ladang terjejas.

"Untuk mengawal dan mencegah penularan ASF, JPV Pulau Pinang telah melaksanakan 'stamping out policy' untuk memusnahkan babi di ladang yang mempunyai kes positif ASF.

"Pemusnahan dilakukan dengan kaedah gas CO2 (High Concentration) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum ditanam secara sempurna.

"Pemusnahan tidak dapat dimulakan lebih awal berikutan kekangan di kawasan yang akan dijadikan tapak pelupusan," katanya.

Chow berkata sekatan jalan raya (SJR) telah mula dijalankan di jalan-jalan masuk ke kawasan perkampungan Valdor bermula 10 Januari lalu.

SJR ini ujarnya, dijalankan bagi mengawal pergerakan keluar dan masuk babi hidup serta karkas babi dari kawasan jangkitan seterusnya mengawal penularan penyakit ASF ini ke kawasan lain.

September lalu, dua ladang babi komersial di daerah Kerian di Perak dilanda wabak ASF.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia, ASF telah menjadi krisis besar bagi industri daging babi dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan menjejaskan beberapa wilayah di seluruh dunia.

ASF adalah wabak berjangkit untuk ternakan dan babi liar dan kadar kematian boleh mencapai 100 peratus.

Penyakit itu bukanlah ancaman kepada manusia tetapi boleh memberi kesan buruk kepada populasi babi dan industri penternakan.

Pada masa ini tiada vaksin yang berkesan terhadap ASF. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 13-1-2023 08:06 PM
Habis lah....tak boleh buat babi guling CNY ni.
Quote namr 13-1-2023 08:11 PM
ah..dtg dahhhhh
Quote ina_na 13-1-2023 08:16 PM
drivethru replied at 13-1-2023 08:06 PM
Habis lah....tak boleh buat babi guling CNY ni.

Kat kg aku dl ms Chap Goh Meh yg bt babi guling.. Kalo depan tokong beso, sepanjang2 khemah ade babi guling..
Quote drivethru 13-1-2023 08:43 PM
ina_na replied at 13-1-2023 08:16 PM
Kat kg aku dl ms Chap Goh Meh yg bt babi guling.. Kalo depan tokong beso, sepanjang2 khemah ade ba ...

Betul jugak. CNY ni popular babi salai. Kat kepong/jinjang, kiri kanan bakar babi salai. Tgk mcm sedap jer.
Quote pooh~key 13-1-2023 08:45 PM
drivethru replied at 13-1-2023 08:43 PM
Betul jugak. CNY ni popular babi salai. Kat kepong/jinjang, kiri kanan bakar babi salai. Tgk mcm s ...

Kat sunway pyramid ada jual babi salai sis. Ni cerita dululah tahun2 sebelum covid menjelma segituh sis. Sekarang akak tak pastu kedai itteww ada lagi ke tak sis.
Quote Belibis 13-1-2023 09:07 PM
Tak jadi ler turun harga,walaupun dah bincang kat kabinet dapur pm10
Quote Lagubestbest 13-1-2023 09:11 PM
Dahla babi mahal skrg.
Quote sharlenetexas 13-1-2023 09:34 PM
Kesian staf veterinar la. Siang malam kerja. Tentu minta tolong staf veterinar negeri lain.

Tauke2 jangan pulak bawak lari sembunyi babi tu. Nk bagi kawan dengan babi hutan? Euww not babi bandar level. Mana boleh fren dgn babi hutan.

Quote cmf_premierleag 13-1-2023 09:38 PM
tadi tgk buletin utama
babi2 yg dah dihapuskan/dimatikan ni akan ditanam di tepi2 highway sbb lack of tanah di sekitar negeri itu
Quote Zazama 13-1-2023 10:39 PM
... Penyakit itu bukanlah ancaman kepada manusia tetapi boleh memberi kesan buruk kepada populasi babi dan industri penternakan.. acane tu? Bukan ancaman pd manusia? Tp cara menanganinya mcm memamg boleh beri ancaman kpd manusia. Hamba tak paham..
Quote msdummy.2018 13-1-2023 10:41 PM
Welcome back babiii
Quote kepompong 13-1-2023 11:03 PM
cmf_premierleag replied at 13-1-2023 09:38 PM
tadi tgk buletin utama
babi2 yg dah dihapuskan/dimatikan ni akan ditanam di tepi2 highway sbb lack o ...

subur tanah situ nnt. Depa tanam pokok jati kot in future?
Quote kepompong 13-1-2023 11:07 PM
kadar kematian 100 peratus. means tkde harapan lah kpd yg kena ASF (babi) ni. Kalau semua kena ASF bakalan jadi endangered species ka. tkpe. saki baki yg survived boleh beranak pinak byk2 sekelip mata serupa rohingya
at least covid (manusia) pun dah “cair” strain
Quote jihyomelly 13-1-2023 11:40 PM
Babi sungguh la
Quote jalfa 13-1-2023 11:45 PM
Haha...rugila tokey tokey babi salai
Quote edayildiz 14-1-2023 12:39 AM
penyakit baru pulak ke
Quote grouper 14-1-2023 01:14 AM
Manusia yg mkn babi berpenyakit ni ada kesan x
Quote kepompong 14-1-2023 02:38 AM
grouper replied at 14-1-2023 01:14 AM
Manusia yg mkn babi berpenyakit ni ada kesan x

The ASF pathogen cannot be transferred to humans




cuma akan menyebabkan babi pupus saja . tu je
Quote zuuu 14-1-2023 02:56 AM
Gila bahaya kalo kadar kematian 100%...kesian pada babi yg jatuh sakit,xde harapan nak sembuh...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043905 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top