Pelakon Atiq Azman nafi menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) susulan video menayang badan yang dimuat naik di akaun Tik Tok, baru-baru ini. Atiq menegaskan, perkongsian itu sekadar pembakar semangat buat mereka di luar sana untuk mencapai target selepas bekerja keras di gimnasium.
"Saya tidak menyokong LQBTQ dan sebagainya kerana saya 'straight'. Asal jambu dan tayang badan saja, pasti dikaitkan dengan isu sebegini. "Saya memang sudah lama hendak berkongsi kerana badan saya belum siap lagi. Saya tayang badan dan ruangan komen dibanjiri oleh kaum lelaki. "Namun setelah saya mengambil keputusan untuk menayang badan, jadi saya terpaksalah terima sama ada komen itu datang daripada lelaki atau perempuan. Ada wanita yang suka dan ada wanita kurang senang dengan perkongsian sebegitu. "Bukan mencari publisiti murahan sebaliknya sekadar perkongsian kerja keras saya di gimnasium. Itu pun, masih dalam pembikinan dan belum siap sepenuhnya lagi," kata Atiq.
Jelas pelakon yang mencipta nama menerusi drama Nur itu, perkongsian itu sekadar suka-suka dan tidak seharusnya dipandang serius. Tambah Atiq, peminat seharusnya membezakan watak tahfiz yang dilakonkan dalam drama Nur dan tidak mengaitkan dengan perkongsiannya itu. "Sebenarnya mengenai karakter tahfiz itu, saya memilih untuk letak tepi. Industri tidak semestinya 'vibe' je sepanjang masa. Saya juga turut membawa watak lain juga. "Tak semua manusia sama di muka bumi ini. Tidaklah sepanjang masa saya mengaji, azan dan sebagainya di media sosial kerana saya tidak mahu menampakkan saya munafik," kata Atiq. Katanya lagi, sekiranya peminat ingin menegur biarlah kena pada tempatnya dan tidak sehingga menghina. Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Atiq kini sedang menjalani penggambaran telefilem Sulaiman Cinta Khad. Dia memegang peranan sebagai individu cacat penglihatan yang arif mengaji dan menulis khad. Sumber: Harian Metro
|
Belibis replied at 13-1-2023 02:38 PM
Ntah ler..mungkin mata hati kurek lebih memahami.
rogayahtop replied at 13-1-2023 05:46 PM
memandangkan gaydar akak tak upgrade dr tahun 2000, dia ni steret ke noks? mmg seksa la budak2 pompu ...
prince_marhaen replied at 13-1-2023 04:21 PM
jantan str8 takde masa kejap kejap buat statement denial, jawab soalan provokasi macam ni.
jantan s ...
jalfa replied at 13-1-2023 02:40 PM
Walo nko selfclaim steret.acik punya dentingan mengatakan sebaliknya...votom khuen?
ADVERTISEMENT