Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tindakan Tentera Darat Malaysia (TDM) menamatkan perkhidmatan seorang bekas sarjan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, dua tahun lalu adalah sah.
Bekas Sarjan Wan Ramli Wan Seman memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah pemberhentiannya bertarikh 4 Ogos 2021. Bekas askar itu menamakan Leftenan Kolonel Sharull Hesham Md. Yasin, Leftenan Mohamad Azammunir Mohd. Ashri, Panglima TDM Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan, keputusan dibuat responden adalah mengikut lunas undang-undang yang betul dan tidak tercemar dengan tindakan tidak rasional atau tidak mengikut undang-undang. “Pemohon mengetahui bahawa pekerjaannya adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 dan sebagai anggota TDM, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi dan melaksanakan perintah yang diberikan kepadanya.
“Seorang anggota tentera mempunyai tanggungjawab untuk mengikut semua arahan bagi mengekalkan disiplin. Saya berpendapat tindakan responden menamatkan perkhidmatan pemohon selepas ingkar perintah mengambil vaksin adalah mengikut undang-undang,”kata hakim itu. Oleh itu, Hakim Ahmad Kamal menolak permohonan semakan kehakiman Wan Ramli untuk mencabar perintah pemberhentian itu tanpa sebarang perintah berhubung kos. Pada 23 Ogos 2021, TDM mengesahkan seorang anggotanya diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan vaksin Covid-19. TDM dalam kenyataan itu berkata, ia susulan setiap anggotanya wajib mengambil suntikan itu terutama sebelum melaksanakan penugasan di mana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah yang ditetapkan. Sumber: UTUSAN
|
rogayahtop replied at 12-1-2023 11:44 PM
Alahai pakcik wan ramli ooi, baksin je pun bang. tok wan akak dah 93 dah 4 kali cucuk elok je boleh ...
rogayahtop: Alahai pakcik wan ramli ooi, baksin je pun bang. tok wan akak dah 93 dah 4 kali cucuk elok je boleh bercucuk tanam lg. Org nak jadi askar dia pun nak ...
ADVERTISEMENT