Sedih melihat nasib anjing-anjung terbiar yang ditangkap dan dikurung oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam gambar yang tular. Pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) Wani Muthiah berkata, gambar anjing-anjing dalam pusat kurungan itu tular setelah seorang pemilik haiwan mencari anjingnya yang mungkin ditangkap oleh pihak berkuasa.
Pemilik haiwan tersebut terkejut melihat keadaan anjing liar di pusat kurungan anjing di Kuala Langat itu dan kemudian berkongsi beberapa gambar di media sosial. Menerusi foto-foto yang dikongsi, kira-kira 100 ekor haiwan itu dilihat kurus kering sehingga nampak tulang, dipercayai diabaikan dan tidak mendapat makanan yang sewajarnya. Menurut Wani, terdapat prosedur operasi standard (SOP) dalam menangkap anjing liar, yang mana haiwan tersebut perlu dijaga dengan berperikemanusiaan dalam tempoh seminggu sebelum ditidurkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
MPKL mengeluarkan kenyataan pada Rabu, memberitahu orang ramai bahawa pihak mereka dengan kerjasama Unit Vektor, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) telah mengambil tindakan dengan membersih dan meneliti semula tatacara pengurusan pusat kurungan tersebut. “Semua haiwan yang ditangkap itu dijaga di pusat kurungan dengan diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang,” susulan laporan Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL. Wani turut mempertikaikan bagaimana boleh terdapat begitu banyak anjing dalam pusat kurungan tersebut dan keadaan masing-masing sangat menyedihkan. “Selalunya, dalam sehari, pihak berkuasa akan tangkap dalam 10 hingga 15 anjing sahaja berdasarkan aduan oleh penduduk. “Tapi, macam mana boleh ada sampai 110 anjing dalam pusat kurungan tersebut? Apa ceritanya? “50 peratus daripada jumlah anjing yang dijumpai dalam keadaan tenat, dan peluang hidup sangat tipis,” ujarnya kepada mStar. Wani berkata susulan gambar tular, persatuan dan NGO berkaitan di Selangor bersatu dalam menyelamatkan anjing-anjing tersebut. “Ada banyak NGO yang tampil bagi mengambil anjing-anjing tersebut untuk menempatkan mereka di pusat perlindungan haiwan masing-masing. “Atas dasar muhibah, pihak MPKL pun menyediakan lori dan bantu bawa anjing-anjing tersebut keluar, tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya. Pihak NGO akan membantu haiwan terbiar tersebut dengan memberikan rawatan seperti suntikan vaksin, dimandulkan dan setelah itu, diberikan kepada mereka yang mahu memelihara haiwan ini. Selain itu, pengasas NGO tersebut itu berkata yang kaedah mengendalikan haiwan terbiar ini juga gagal berdasarkan gambar-gambar yang tular. Dia mencadangkan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan kaedah Tangkap, Mandul, Lepas, Mengurus (TNRM) untuk mengawal pembiakan binatang liar tersebut. Wani berpandangan, pilihan terbaik jika orang ramai ingin membantu ialah dengan mengambil haiwan yang tidak mempunyai tuan di pusat perlindungan haiwan berdekatan dan memberikannya kasih sayang serta kelengkapan secukupnya. Hantaran asal MDDB di Facebook itu dibanjiri komen warganet yang turut prihatin dengan keadaan anjing-anjing tersebut. “Saya rasa kalau dia hidup berkeliaran atau jadi anjing liar pun mungkin lebih gemuk dan sihat. Dia boleh cari makanan sendiri daripada terkurung dan makanan tak cukup, dan makan pun perlu ikut jadual sahaja. “Nak tangkap boleh, tapi bagilah makanan kalau dah kurung. “Harap mereka cepat diselamatkan. “Jangan aniaya binatang, kalau dah kurung bagilah makan dan minum. Kita jangan lupa setiap apa yang kita buat akan dikira di akhirat nanti. “Zalimnya manusia,” demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
ina_na replied at 12-1-2023 06:00 PM
Knp la bulus2 ni x dilatih tuk jd angin pengesan K9 tuk badan2 uniform mcm polis,tentera dan bomba.. ...
ina_na replied at 12-1-2023 06:00 PM
Knp la bulus2 ni x dilatih tuk jd angin pengesan K9 tuk badan2 uniform mcm polis,tentera dan bomba.. ...
KBW2 replied at 13-1-2023 08:48 AM
Alahai kesiannya those doggies. Betulkah diberi makan kalau kurus sebegituh? Kurus gitu kategori tak ...
bakingsoda replied at 13-1-2023 08:50 AM
ko pecaye ke? anjing tepi jalan yg feeder bagi makan kat luar camtu je boleh gemok, ni kan yg clai ...
ina_na replied at 12-1-2023 06:00 PM
Knp la bulus2 ni x dilatih tuk jd angin pengesan K9 tuk badan2 uniform mcm polis,tentera dan bomba.. ...
KBW2 replied at 13-1-2023 08:59 AM
Ya Allah, memang dah kebulur dan dehydrated for some time tuh.
Ko majlis perbandaran kot. Orang pe ...
ADVERTISEMENT