Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila sambutan hari kelahirannya ke-44 diraikan anak-anak di Gaza, Palestin.
Menurut penyanyi itu, kanak-kanak berkenaan merupakan anak-anak yang bersekolah di tadika Afwa Al Aafiyah, iaitu sekolah yang dibina Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. "Alhamdulillah, anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. "Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Aamin ya rabb," katanya. Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
Rata-rata peminat juga terharu melihat video yang memaparkan anak-anak kecil sedang menyanyikan lagu hari lahir. Mereka turut mendoakan agar kebaikan Siti itu dibalas dengan rezeki berlipat ganda.
|
ADVERTISEMENT