CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MPM Kekal Lesen Pelihara Anjing RM10 Seekor

11-1-2023 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 634| Komen: 1

Kadar bayaran lesen peliharaan anjing di bawah seliaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kekal walaupun selepas notis pelaksanaan peraturan baharu yang dikeluarkan bagi tahun 2023.


Jurucakap MPM berkata keputusan itu dibuat selepas kajian semula dilakukan dan kadar lesen anjing dikekalkan seperti yang termaktub sebelum ini iaitu RM10 seekor.


Gambar hiasan

"Setelah mengkaji semua aspek serta mengambil kira tahap kesediaan pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan dasar lesen digital anjing, MPM mengambil keputusan kadar bayaran tidak berubah.

"Permohonan lesen anjing boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan pelanggan MPM dan pertambahan RM140 dibatalkan dan bukannya seperti dimaklumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut kenyataan itu pemilik anjing yang tidak mempunyai lesen anjing yang sah dari MPM, kompaun RM250 akan dikenakan tanpa sebarang rayuan.

"Penduduk daerah Manjung yang memiliki anjing diseru untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka agar sama-sama dapat mengawal masalah yang melibatkan haiwan peliharaan ini," menurut kenyataan itu.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 12-1-2023 12:04 PM
anjing liar boleh tak di tangkap..banyak sangat da...kalau kene gigit dgn anjing liar bukan boleh tuntut ape ape pun...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.031486 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top