CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 1

MPM Kekal Lesen Pelihara Anjing RM10 Seekor

[Copy link]
Post time 11-1-2023 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Kadar bayaran lesen peliharaan anjing di bawah seliaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kekal walaupun selepas notis pelaksanaan peraturan baharu yang dikeluarkan bagi tahun 2023.


Jurucakap MPM berkata keputusan itu dibuat selepas kajian semula dilakukan dan kadar lesen anjing dikekalkan seperti yang termaktub sebelum ini iaitu RM10 seekor.




Gambar hiasan




"Setelah mengkaji semua aspek serta mengambil kira tahap kesediaan pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan dasar lesen digital anjing, MPM mengambil keputusan kadar bayaran tidak berubah.


"ermohonan lesen anjing boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan pelanggan MPM dan pertambahan RM140 dibatalkan dan bukannya seperti dimaklumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut kenyataan itu pemilik anjing yang tidak mempunyai lesen anjing yang sah dari MPM, kompaun RM250 akan dikenakan tanpa sebarang rayuan.


"enduduk daerah Manjung yang memiliki anjing diseru untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka agar sama-sama dapat mengawal masalah yang melibatkan haiwan peliharaan ini," menurut kenyataan itu.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 12:04 PM | Show all posts
anjing liar boleh tak di tangkap..banyak sangat da...kalau kene gigit dgn anjing liar bukan boleh tuntut ape ape pun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.120377 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list