CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kencing Di Puncak Ketika Gunung Berapi Kilauea Meletus

11-1-2023 09:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1286| Komen: 12

Tindakan seorang pengunjung membuang air kecil di puncak gunung berapi Kilauea di Hawaii mencetuskan kemarahan ramai kerana dianggap tidak menghormati alam semula jadi, lapor akhbar New York Post semalam.


Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki tersebut dilihat membuang air kecil di puncak Gunung Kilauea ketika letusan sedang berlaku.


Lelaki tersebut dirakam sedang membuang air kecil di puncak gunung Kilauea ketika letusan sedang berlaku. – New York Post/Instagram

Aktivis masyarakat pribumi Hawaii, Kumu Hinaleimoana Wong-Kalu berkata, kawah Halemaʻumaʻu, yang terletak di puncak Gunung Kilauea,  selatan Pulau Besar Hawaii merupakan lokasi yang amat penting kepada penduduk tempatan.


“Ramai orang luar tidak memahami bagaimana perasaan kami, ‘kanaka’ (penduduk pribumi  Hawaii) terhadap hubungan dengan tempat dan ruang di pulau yang didiami ini,” kata Wong-Kalu.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada individu tersebut merupakan penduduk tempatan atau pelancong asing, namun pengguna Instagram berkenaan telah pun menutup akaun media sosialnya selepas dikecam netizen.

“Sikap yang buruk,” kata seorang pengguna.

“Hormati ‘aina’ atau pulang sahaja ke rumah anda,” kata seorang pengguna lain sambil merujuk kepada perkataan dalam dialek Hawaii yang bermaksud bumi.

Menurut legenda, Kilauea menjadi rumah kepada Pele, yang dianggap dewi api dan gunung berapi di Hawaii.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Taman Negara Gunung Berapi Hawaii berkata, individu dalam gambar tersebut mungkin telah melanggar undang-undang. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-1-2023 10:41 PM
idok puleksss bumi marah dengan heol lalu menyambar volkano ke toottt beliau yach
Quote sharlenetexas 11-1-2023 10:42 PM
Macam ummah china suka hati nak kencing berak merata.


Quote airfilterkotor 11-1-2023 10:45 PM
Bersangka baik.
Terlupa bawak botol kosong.
Dah sampai situ tetiba nak terkincin sangat, kincin ni mana boleh tahan²...boleh senak pundi.
Quote margo20 11-1-2023 11:17 PM
Tak terpercik pulak lava tu kt dia
Quote CikYaYaYa 12-1-2023 12:52 AM
Herlokk tolakkj jeee makhlukk macamm niee biaa masukk dalam lavaa laluu mereputt.
Quote Adrif 12-1-2023 03:18 AM
aku suspek, omputeh.. USA ka, Europe ka..

kalau melancong, local kata hutan ini dijaga, bukit tu tempat suci, dari zaman tok nenek moyang hidup bersama alam semula jadi

tup tup, diorang pegi beromen kat situ. thrill katanya
kencing, berak bersepah, buang sampah merata, pokok di toreh-toreh

apesal la orang camni tak kena sorok dek bunian pulak eh
Quote fly_in_d_sky 12-1-2023 06:56 AM
Adrif: aku suspek, omputeh.. USA ka, Europe ka..kalau melancong, local kata hutan ini dijaga, bukit tu tempat suci, dari zaman tok nenek moyang hidup bersama ...



mungkin dah perangai buruk bunian tak nak sorok/culik
buang masa .. nanti kat tempat bunian lagi huru-hara ...
Quote Dwdrum 12-1-2023 07:21 AM
airfilterkotor replied at 11-1-2023 06:45 AM
Bersangka baik.
Terlupa bawak botol kosong.
Dah sampai situ tetiba nak terkincin sangat, kincin ni m ...

Aku agak tourist lain semua pundi kencing kuat belaka...ter masuk di tempat lain yang camping di hutan..

Quote helicornia 12-1-2023 08:08 AM
Nk kencing, kencing je la sorok2 klu dh tk tahan.ni pi kencing terang2 pi rakam pulak tu.memang bodoh
Quote intan244 12-1-2023 11:01 AM
xseram ke dok dekat lava tu[em:1:]
Quote ~boolean 12-1-2023 12:04 PM
Nak tunggu komen2 poremer penyembah omputih yang dulu mengutuk sabahan konon sensitif sangat orang bogel kat gunung kinabalu..
Quote nononcrux 12-1-2023 01:38 PM
dia takde beza sbnrnye kau kencing tepi highway or belakang building.. yg bezanya kau kencing up photo.. nak tunjuk perangai jijik pengotor sgt

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.108272 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top